Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gaung] | ݢاءوڠ

Definisi : bunyi (suara) yg memantul, gema; bergaung bergema, berkumandang: suara itu ~ masuk menujah telinga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gaung] | ݢاءوڠ

Definisi : jurang yg dalam;menggaung mengorek (lubang dll), menggali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gaung] | ݢاءوڠ

Definisi : bunyi yg berbalik; gema. bergaung berbalik (kembali) sbg gaung; bergema. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[gaung] | ݢاءوڠ

Definisi : lubang yg dalam di antara bukit-bukit atau gunung-gunung. menggaung menggali atau mengorek lubang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaung

Puisi
 

Beribu-ribu biji nangkaku,
     Cincin permata jatuh ke gaung;
Kalaulah rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta pandangan tentang ayat ini: Lori itu terbabas maka terjunam ke dalam gaung. Adakah penggunaan maka dalam ayat ini betul?Kata hubung gabungan yang tepat untuk ayat ini ialah “lalu” , iaitu “Lori itu terbabas lalu terjunam ke dalam gaung”.Tatabahasa13.03.2014
Salam sejahtera tuan, berikut ialah pertanyaan saya. 1. Semua rakyat Malaysia / Rakyat Malaysia? Oleh sebab rakyat ialah jamak, adakah rakyat Malaysia lebih tepat? 2. Baju-baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka. Adakah ayat ini betul? 3. Bas yang dinaiki Manad itu ______ ke dalam gaung. Adakah terjunam/ tersungkur/ terbabas susuai untuk tempat kosong ini? Terima kasih.
1. Rakyat Malaysia...
2. Baju yang dibelinya itu mahal-mahal belaka.
3. Jawapan yang tepat ialah terjunam.
Tatabahasa21.07.2021

Kembali ke atas