Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.wai] | ݢاواي

Definisi : Jw kerja, tugas; pegawai orang yg menjalankan tugas; ®pegawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.wai] | ݢاواي

Definisi : Sr perayaan atau pesta keagamaan dan adat orang Iban; Hari ~ hari kebesaran orang Iban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gawai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAWAI

GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, ‘gawai’ atau ‘gawa’ bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan.

BUDAYAAdat
GAWAI BURUNG

GAWAI BURUNG, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk meraikan kejayaan pahlwan sekembali mereka daripada ngayau. Gawai ini juga dianggap sebagai majlis pertabalan seorang wira atau raja berani.

BUDAYAKonsep
GAWAI BATU

GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas  perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan.

BUDAYAAdat
GAWAI DAYAK

GAWAI DAYAK, perayaan rasmi tahunan kaum dayak iaitu suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Hulu yang tinggal di Sarawak.

BUDAYAAdat
GAWAI ANTU

GAWAI ANTU, perayaan masyarakat Iban di Sarawak yang diadakan untuk memberi penghormatan terakhir kepada antu (roh) seorang ahli  keluarga yang telah meninggal dunia.

BUDAYAAdat

Kembali ke atas