Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn besar; rumah ~ rumah keluarga; ~ gerundang di kubangan, ~ ikan raya di lautan prb orang-orang berpangkat di tempatnya masing-masing; ~ kayu, ~ dahannya prb kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya; ~ sbg dilambuk-lambuk, tinggi sbg dijunjung prb membanggakan diri kerana kelebihan yg tidak ada; menggedangkan membesarkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menggedangkan sl meluruskan (apa-apa yg bengkok); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : terhulur atau terentang (ttg tangan atau kaki). menggedangkan menghulurkan (tangan atau kaki) lurus-lurus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gedang

Peribahasa

Besar kayu besar bahannya.

Bermaksud :

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gedang kayu, gedang dahannya).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sri Shan Balaraman ISN 11.07 PAGI Selamat pg... saya ingin kepastian tentang penggunaan perkataan sesetengah... adakah 'sesetengah' digunakan utk merujuk kpd manusia shj atau blh digunakan utk merujuk haiwan, tumb dan perkara. Terima kasih.Selamat Pagi. Merujuk kepada Kamus Dewan perkataan “sesetengah” membawa maksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya dan setengah-setengah. Sesetengah juga boleh digunakan selain daripada manusia contohnya seperti ayat berikut. i. sesetengah jenis lebah dan sesetengah penyengat. ii. sesetengah tasik terletak berdekatan iii. sesetengah tumbuhan hijau iv. sesetengah ikan paus sperma v. sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau Ini bermakna perkataan sesetengah boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat, tidak kiralah sama ada manusia, binatang tumbuhan atau benda-benda lain.Tatabahasa29.05.2017

Kembali ke atas