Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : rumah besar drpd batu, bangunan utk pejabat dll; ~ arca = ~ gajah Id muzium (di Jakarta); ~ bicara a) gedung tempat bermesyuarat; b) gedung mahkamah; ~ diskaun (Eko) institusi kewangan yg membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yg lain dgn harga diskaun; ~ ilmu institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (spt universiti atau maktab); ~ kesenian Id bangunan utk pertunjukan hasil-hasil seni (spt tarian, sandiwara, dll), balai budaya; ~ komedi Id gedung tempat pertunjukan sandiwara; ~ penjelasan rumah penjelasan; ~ putih istana Presiden Amerika Syarikat; ~ senjata tempat menyimpan senjata; ~ terbitan (Eko) institusi kewangan yg mencari modal utk syarikat swasta yg mantap yg mahu menjadi syarikat milik awam, dgn mengeluarkan saham bagi pihak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : 1 rumah besar yg dibuat drpd batu; rumah batu. 2 bangunan utk maksud tertentu spt utk pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gedung

Puisi
 

Gunung api di atas gedung,
     Sudah jerang ke baba Melaka;
Sakit kaki kerana beradung,
     Duk ulang janda celaka.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk Outlet Mall? Gedung, gedung beli-belah atau gedung cawangan?Konsep outlet mall  atau disebut juga outlet village biasanya dibina di luar bandar. Dalam konteks negara kita, pusat atau gedung beli-belah lazimnya tidak diletakkan cawangan seperti pejabat, sebaliknya dirangkaikan terus dengan lokasi berkenaan, seperti PUSAT BELI-BELAH (keterangan utama) AEON KARAK (nama premis - sebuah pekan di bandar Bentong).Lain-lain06.06.2018
Salam sejahtera, Setahu saya, clearing house adalah gedung penjelasan, bolehkah clearing member diterjemahkan kepada ahli gedung penjelasan? Terima kasih.Rumah penjelasan digunakan dalam bidang ekonomi, jika "clearing member" merujuk orang yang terlibat dalam konteks yang tersebut, padanan ahli gedung penjelasan boleh digunakan.Istilah13.12.2018
Salam, saya ingin mendapatkan kepastian dari anda. Setahu saya clearing house bermaksud gedung penjelasan, bolehkan saya mentafsirkan clearing member sebagai ahli gedung penjelasan? Terima kasihRumah penjelasan digunakan dalam bidang ekonomi, jika "clearing member" merujuk orang yang terlibat dalam konteks yang tersebut, padanan ahli gedung penjelasan boleh digunakan.Tatabahasa17.12.2018
Minta bantuan perkataan jawi berikut : 1) GEDUNG KOMPUTER 2) KEDAI KOMPUTER 3) RUMAH TAMU 4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG 5) KEDAI GUNTING RAMBUT Terima Kasih .Minta bantuan perkataan jawi berikut :
1) GEDUNG KOMPUTER - ݢدوڠ کومڤوتر
2) KEDAI KOMPUTER - کداي کومڤوتر
3) RUMAH TAMU - رومه تامو
4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG - رومه ڤنجاݢاءن ايبو برڤانتڠ
5) KEDAI GUNTING RAMBUT -  کداي ݢونتيڠ رامبوت
Ejaan23.11.2019
Ayat majmuk yang hendak dipisahkan ialah 'Bangunan Gedung Raja Abdullah yang dibina berdekatan Sungai Klang terdiri daripada satu blok dua tingkat'. Ayat majmuk ini hendak dipisahakan kepada dua ayat tunggal. Saya tak pasti sama ada ayat majmuk itu sendiri betul atau salah. Terima kasih.

Saudara,

Dua ayat tunggal tersebut adalah seperti yang berikut:

i. Bangunan Gedung raja Abdullah dibina berdekatan Sungai Klang.

ii. Bangunan Gedung Raja Abdullah terdiri daripada satu blok dua tingkat.

Tatabahasa09.09.2009
Salam sejahtera. Apakah cadangan terjemahan bagi jawatan "customer duty manager" dan "store duty manager"? Kedua-duanya adalah jawatan di dalam sebuah gedung kelengkapan rumah yang besar seperti pusat membeli-belah. "Store" merujuk kepada gedung ini. Terima kasihTidak ada terjemahan Customer Duty Manager dan Store Duty Manager dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengurus Khidmat Pelanggan dan Pengurus Stor.Tatabahasa09.07.2012
Minta Bantuan Perkataan jawi seperti berikut : 1) KEDAI AKSESORI KERETA 2) PAKAR AKSESORI KERETA 3) KEDAI KOMPUTER 4)GEDUNG KOMPUTER 4) PENGIKLANAN 5) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI TERIMA KASIH1) KEDAI AKSESORI KERETA  =  کداي اکسيسوري کريتا
2) PAKAR AKSESORI KERETA  =   ڤاکر اکسيسوري کريتا 
3) KEDAI KOMPUTER = کداي کومڤوتر 
4)GEDUNG KOMPUTER  =  ݢدوڠ کومڤوتر 
5) PENGIKLANAN =  ڤڠيعلانن
6) KEDAI ALAT TELEKOMUKASI  =  کداي الت تيليکومونيکاسي   
Lain-lain12.11.2019
Saya ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan dan DBP adalah gedung sastera yang terbaik bagi saya. Sekiranya saya mempunyai manuskrip puisi dan novel untuk diterbitkan oleh DBP, bagaimanakah caranya untuk saya laksanakan? Siapakah personel yang mungkin boleh saya berhubung terus dengan beliau tentang perkara ini? Jutaan terima kasih.Bagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my.Lain-lain26.05.2015
TERJEMAHAN KEPADA "CHERISHED NUMBER" DAN "CLEARINGHOUSE" DALAM BAHASA MALAYSIAclearing house - gedung penjelasan Huraian: Tempat atau organisasi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan atau menjelaskan sesuatu urus niaga sekuriti, komoditi, kontrak hadapan atau opsyen.Tatabahasa17.08.2007
Apple Store akan dibuka di Malaysia. Adakah Apple Store kata nama khas yang tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu? Atau boleh diterjemahkan sebagai Gedung Apple? Jika tidak, terjemahan paling sesuai?Apple Store ialah kata nama khas yang tidak perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Lain-lain12.01.2024
12

Kembali ke atas