Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : rumah besar drpd batu, bangunan utk pejabat dll; ~ arca = ~ gajah Id muzium (di Jakarta); ~ bicara a) gedung tempat bermesyuarat; b) gedung mahkamah; ~ diskaun (Eko) institusi kewangan yg membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yg lain dgn harga diskaun; ~ ilmu institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (spt universiti atau maktab); ~ kesenian Id bangunan utk pertunjukan hasil-hasil seni (spt tarian, sandiwara, dll), balai budaya; ~ komedi Id gedung tempat pertunjukan sandiwara; ~ penjelasan rumah penjelasan; ~ putih istana Presiden Amerika Syarikat; ~ senjata tempat menyimpan senjata; ~ terbitan (Eko) institusi kewangan yg mencari modal utk syarikat swasta yg mantap yg mahu menjadi syarikat milik awam, dgn mengeluarkan saham bagi pihak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : 1 rumah besar yg dibuat drpd batu; rumah batu. 2 bangunan utk maksud tertentu spt utk pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gedung

Puisi
 

Gunung api di atas gedung,
     Sudah jerang ke baba Melaka;
Sakit kaki kerana beradung,
     Duk ulang janda celaka.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GEDUNG PENJELASAN UMUM 
SEARS, ROEBUCK AND COMPANY

Sears, Roebuck and Company ialah syarikat

perniagaan runcit yang terbesar di dunia.

Kumpulan perdagangannya menjalankan kira-kira

800 buah gedung serbaneka dan hampir 2400

pusat jualan melalui katalog di seluruh Amerika

Syarikat. Syarikat bersekutunya menjalankan lebih

daripada 100 gedung Sears di Kanada dan Mexico.

UMUM 
PASAR RAYA

Pasar raya ialah gedung besar menjual barang

makanan dan pelbagai produk lain. Pelanggan

pasar raya memilih sendiri barang yang diperlukan

dan membayar di kaunter pembayaran. Pasar raya

berbeza daripada kedai runcit terutamanya dari

segi nilai jualan. Sesetengah pasar raya berbentuk

kedai bebas, tetapi kebanyakannya membentuk

cawangan yang dikenali sebagai rangkaian (lihat

Rantaian).

UMUM 
MARKS AND SPENCER

Marks and Spencer ialah syarikat peruncit

Inggeris yang besar yang mengendalikan satu

rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal

kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan

harga yang murah.

UMUM 
SYDNEY OPERA HOUSE

Sydney Opera House di Sydney, Australia

dianggap sebagai salah sebuah bangunan yang

teragung pada tahun 1900-an. Ia terletak di

Bennelong Point, sebuah semenanjung yang

menganjur ke Pelabuhan Sydney. Dua buah

bumbungnya yang seperti layar kapal itu dengan

cangkerang yang tindih-menindih, serta

kejuruteraannya yang mengagumkan telah

menjadikannya terkenal ke seluruh dunia. Gedung

opera ini dapat menampung lebih 6600 orang

penonton. Dewan-dewannya menyediakan

kemudahan untuk konsert simfoni, opera, drama,

balet, filem, resital solo, pameran dan konvensyen.

Bumbung cangkerang itu meliputi dua buah

dewan pertunjukan yang terbesar dan sebuah

restoran.

UMUM 
MUZIUM TANAMAN

Muzium tanaman, gedung simpanan dan arkib pokok-pokok tanaman yang mempamerkan data-data lengkap seperti rekod geografi, ekologi, sejarah, keterangan etnobotani dan data penyelidikan.

PERTANIANInstitusi/Organisasi
PUTERI DIRAJA

Puteri Diraja ialah gelaran yang dianugerahkan

oleh raja British kepada puterinya yang sulung.

Gelaran ini tidak selalunya diberikan. Pada tahun

1900-an dua orang wanita memegangnya. Yang

pertama, Puteri Mary (1897–1965), Puteri Raja

George V. Pada tahun 1922, dia mengahwini Henry

Lascelles, Earl of Harewood yang keenam (1882–

1947). Puteranya George Lascelles, earl yang

ketujuh, ialah ketua famili dan menjadi masyhur

sebagai pentadbir gedung opera.

UMUM 
TELAGA BATU

TELAGA BATU, tapak arkeologi yang penting dalam sejarah kerajaan Sriwijaya. Di sinilah ditemui inskripsi Telaga Batu, yang memberi gambaran tentang bagaimana kerajaan atau kedatuan Sriwijaya diperintah dan juga keadaan organisasi pemerintahan, serta cara keamanan dan perpaduan dikekalkan. Ia merujuk kepada sebuah perigi batu yang tidak diketahui umurnya dan terletak di bahagian barat sebuah kawasan yang kelihatan seperti sebuah pulau empat persegi dan dikenal dengan nama Sabukingking, 300 m dari Gedung Suro iaitu satu lagi tapak bersejarah di Palembang. Pada awal abad ke-20, telah ditemui sebuah prasasti yang penting kepada sejarah Sriwijaya. Prasasti tersebut dikenal dengan nama inskripsi Telaga Batu. Walaupun tidak ada tarikh, namun secara perbandingan dengan inskripsi Sriwijaya yang lain, dipercayai inskripsi itu dibuat pada akhir abad ke-7 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas