Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : rumah besar drpd batu, bangunan utk pejabat dll; ~ arca = ~ gajah Id muzium (di Jakarta); ~ bicara a) gedung tempat bermesyuarat; b) gedung mahkamah; ~ diskaun (Eko) institusi kewangan yg membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yg lain dgn harga diskaun; ~ ilmu institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (spt universiti atau maktab); ~ kesenian Id bangunan utk pertunjukan hasil-hasil seni (spt tarian, sandiwara, dll), balai budaya; ~ komedi Id gedung tempat pertunjukan sandiwara; ~ penjelasan rumah penjelasan; ~ putih istana Presiden Amerika Syarikat; ~ senjata tempat menyimpan senjata; ~ terbitan (Eko) institusi kewangan yg mencari modal utk syarikat swasta yg mantap yg mahu menjadi syarikat milik awam, dgn mengeluarkan saham bagi pihak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : 1 rumah besar yg dibuat drpd batu; rumah batu. 2 bangunan utk maksud tertentu spt utk pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gedung

Puisi
 

Gunung api di atas gedung,
     Sudah jerang ke baba Melaka;
Sakit kaki kerana beradung,
     Duk ulang janda celaka.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Zaini deklamasi Gedung, Gudang, GedungSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)11.09.2001
Gedung songkok terus martabatkan seni kebangsaan Melayu serumpun.TiadaSinar Harian30.01.2009
Gedung KeilmuanAni OmarMingguan Malaysia08.04.2007
Gedung dan NakHalim AnwarUtusan Zaman24.11.1957
Gedung Raja Abdullah diminati pelancongAmiruddin MansorUtusan Zaman25.02.1990
Gedung ilmu dengan senibina unikTiadaUtusan Malaysia08.11.1992
Sebuah gedung lukisan perlu untuk MelakaMahadi AbdulMingguan Malaysia10.09.1972
Kampus gedung sasterawanAnjan AhzanaMingguan Malaysia07.03.2004
APM gedung khazanah MelayuRuhaiza RusminHarian Metro (Variasi)04.08.2005
KaryaNet gedung bahan rujukan terbesarSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)22.01.2003
123

Kembali ke atas