Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ga.ran] | ݢݢرن

Definisi : perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ga.ran] | ݢݢرن

Definisi : hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-ZALZALAH

Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Zalzalah

(gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang

amat dahsyat, yang akan berlaku pada hari kiamat

dan menjadi pembukaan bagi surah ini.

UMUM 
KILOHERTZ

Kilohertz ialah unit yang digunakan untuk

mengukur frekuensi pelbagai jenis gegaran

dan gelombang, seperti gelombang radio dan

gelombang bunyi.

UMUM 
AVALANCHE

Avalanche ialah kumpulan besar salji yang

menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan

avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang

menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak

stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan

letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor

turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche.

Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji

kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang

bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam.

Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah,

yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan

daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche

salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah

menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan-

kepingan kecil semasa ia menggelongsor.

UMUM 

Kembali ke atas