Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gél] | ݢيل

Definisi : (gél) bahan kental yg berupa seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut; ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gél] | ݢيل

Definisi : /gél/ bahan kental yg rupanya seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut atau dlm produk ubat-ubatan. ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Rambut Aminah [tegang] setelah disapu dengan gel. Adakah perkataan 'tegang' tepat penggunaannya? Kalau salah, apakah perkataan yang lebih tepat? Tegak? Lurus? Kaku? Terima kasih.Perkataan yang lebih tepat ialah keras.Tatabahasa27.05.2010
salam tuan. keliru dgn istilah 'menggelecek' atau 'mengelecek'. yg mana yg betul ejaannya. semak kamus, kedua-duanya ada makna dan hampir sama. kata dasarnya gelecek atau kelecek? terima kasih.

Encik Syamsuri,

Kedu-dua perkataan mengelecek(kelecek) dan menggelecek(gelecek) ada dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaan kedua-dua perkataan ini bergantung pada makna yang hendak disampaikan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan kelecek  bermaksud : 

 (kelécék); mengelecek (dlm permainan bola sepak, hoki dsb) membawa bola dgn kaki, kayu pemukul dsb dgn pergerakan yg cepat dan tangkas serta mengelirukan supaya tidak dapat dirampas pihak lawan.

 Makna perkataan gelecek ialah :

  • (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;
  • tergelecek

    tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.

 

 

 

Makna02.02.2010

Kembali ke atas