Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gél] | ݢيل

Definisi : (gél) bahan kental yg berupa seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut; ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gél] | ݢيل

Definisi : /gél/ bahan kental yg rupanya seakan-akan agar-agar, yg digunakan terutamanya utk membentuk fesyen rambut atau dlm produk ubat-ubatan. ~ silika silika berbentuk butir-butir yg digunakan sbg bahan penyerap air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gelgelKimiaTiadaJenis koloid yang cecairnya mengandungi pepejal yang tersusun dalam rangkaian halus pada keseluruhan sistem. Fasa pepejal dan fasa cecair adalah selanjar. Contoh gel ialah jeli, gelatin, gel silika, agar-agar dan aluminium hidroksida. Bdg. sol.
silica gelgel silikaKejuruteraanKejuruteraan KimiaGel yang disediakan dengan mencampurkan asid dengan kaca air pada keadaan pH yang rendah. Tindak balas pempolimeran dan pemeluwapan kemudian berlaku dengan terbentuknya asid silisik (Si(OH)4] daripada pemeluwapan kumpulan silana (SiOH) untuk membentuk rantaian jenis siloksana (Si-O-Si) yang akan mendapat sebagai gel atau koloid. Gel ini mempunyai keluasan permukaan lebih kurang 700 meter persegi per gram dengan saiz rongga di antara 2.5 � 5 nanometer dan merupakan sifat yang dikehendaki dalam proses tindak balas kimia bermangkin.
sequencing gelgel penjujukanSains ForensikTiadaGel yang digunakan untuk menjujuk DNA atau RNA. Penjujukan DNA ini melibatkan pemisahan fragmen DNA bebenang tunggal yang mempunyai perbezaan satu bes secara elektroforesis supaya turutan nukleotida bagi satu jujukan dapat dikenal pasti. Contoh gel yang biasa digunakan ialah gel poliakrilamida.
electrophoresis gelgel elektroforesisHerbaFitokimiaKaedah pemisahan komponen dalam sesuatu campuran larutan gel yang berasaskan cas yang terdapat dalam komponen berkenaan apabila dikenakan arus elektrik. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling terkenal digunakan untuk memisahkan campuran protein. Gel yang sering digunakan dalam kaedah ini ialah gel agarosa.
digest gelgel penghadamSains ForensikTiadaGel yang digunakan untuk menilai kesempurnaan penghadaman sampel DNA oleh enzim penghadam. Gel penghadam digunakan sebagai langkah diagnostik dalam prosedur penjenisan DNA polimorfisme panjang jalur terpotong (RFLP). Lihat juga RFLP.
silica gelgel silikaKimiaTiadaSilika terhidrat dalam bentuk granul amorfus keras, yang digunakan sebagai bahan penyerap air dan wap pelarut yang dapat dijana semula. Garam kobalt yang terserap di dalam gel menghasilkan warna biru apabila kering dan warna merah jambu apabila lembap. Keadaan ini dapat digunakan untuk menentukan sama ada gel silika berupaya menyerap air lagi ataupun tidak. Gel silika tidak toksik, mempunyai luas permukaan yang besar dan tidak terbakar. Gel ini diperoleh daripada pengasidan natrium silikat denganasid sulfurik. Gel ilika juga dapat digunakan sebagai bahan penyokong mangkin yang lengai dan agen pengering bagi gas dan bahan farmasi.
gelgelSains ForensikTiadaBahan semipepejal yang membentuk satu rangkaian zarah penapis molekul atau liang. Gel digunakan dalam elektroforesis untuk memisahkan molekul seperti asid nukleik dan protein. Gel agarosa boleh digunakan oleh ahli sains forensik untuk menilai kualiti dan kuantiti DNA daripada sampel yang mungkin telah mengalami degradasi sebelum melakukan pengujian lanjut dengan kaedah tindak balas rantai polimerase (PCR).
thixotropic gelgel tiksotropiPerubatanTiadaGel yang menjadi cecair apabila digoncang atau dikacau dan mengeras jika dibiarkan.
yield gelgel alahSains ForensikTiadaGel yang digunakan sebagai alat diagnostik dalam analisis DNA bagi melihat keadaan dan jumlah DNA yang hadir dalam suatu sampel.
silica gelgel silikaPerubatanTiadaSilikon dioksida, SiO2, dalam bentuk gel, digunakan sebagai pengikat bahan inves.
12345678910...

Kembali ke atas