Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.la/] | ݢلق

Definisi : tertawa besar: kerana lucu ia ~ terbahak-bahak; ~ manis tertawa dgn senyum; ~ nabi senyum yg mengejek; ~ sumbing ketawa yg tidak sungguh-sungguh; ~ tertawa = ~-~ ketawa tertawa kuat-kuat; menggelakkan mentertawakan, mengejek-ejek: mereka itu ~ dan mengejek-ejek dia;tergelak tertawa dgn tidak sengaja; bagai ~ sedang kematian prb Mn keadaan yg susah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.la/] | ݢلق

Definisi : 1 suara yg dikeluarkan ketika berasa geli hati: Kedengaran ~ terkekeh-kekeh di kalangan para penonton. 2 mengeluarkan suara serta menggerakkan badan kerana berasa geli hati; tertawa: Semua orang ~ melihat tingkah lucu kanak-kanak itu. ~ manis (nabi, senyum) tertawa seraya tersenyum dan tidak mengeluarkan suara. ~ setan gelak dgn kuat. ~ sumbing gelak yg dibuat-buat. gelak-gelak nyaring (ttg ketawa); lantang: Apabila mendengar cerita Abu Nawas itu, baginda tertawa ~. menggelakkan menyebabkan gelak; mentertawakan; mengetawakan: Apa yg ~ mereka itu? tergelak tertawa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelak

Puisi
 

Layar bertangkup Malimku tidur,
     Dibanguni oleh Tengali;
Gelak rasaku akan mengundur,
     Air mata terasa kumandi.


Lihat selanjutnya...(13)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Main Air, Pungut Batu, Gelak-gelak...Itukah Bahagia?Linda Mohd. NorMingguan Wanita07.08.1998
Gelak DeritaAra, L. KHarian Abadi24.07.1971
GelakRuhanie HRMingguan Rakyat20.03.1976
Gelak ketawa dalam Dewan Rakyat kitaHantu RayaUtusan Melayu23.03.1981
Gelak ketawa kerana cadangan yang melucukanTiadaUtusan Malaysia11.04.1984
Pemanis GelakNordin SaadUtusan Zaman06.09.1998
Babak teater Pelesit 'paksa' penonton gelakZul Husni Abdul HamidBerita Harian03.01.2007

Kembali ke atas