Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.la.ran] | ݢلرن

Definisi : 1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.la.ran] | ݢلرن

Definisi : kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelaran

Puisi
 

Seri Bangi gelaran paman,
     Waktu tuan raja di Kedah;
Tinggi bulan sayup pandangan,
     Berpakat kita tumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
honorifichormatanKesusasteraanTiadaUcapan, gelaran, sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh. Contoh: dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-gelaran orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja.
associate producerpenerbit bersekutuKomunikasiTiadaGelaran yang diberikan kepada petugas penerbitan filem iaitu penerbit kedua yang berkongsi tanggungjawab pengurusan dan kreatif. Selain itu, gelaran ini turut diberikan kepada pengurus penerbitan apabila penerbit yang sebenarnya tidak terlibat dalam pengawasan penerbitan dalam waktu-waktu tertentu. Gelaran ini boleh juga diberikan kepada pegawai tadbir utama iaitu orang yang bertanggungjawab mengurus dan mendapatkan sumber kewangan bagi menerbitkan siaran.
YankeeYankeeSains PolitikPolitik PerbandinganGelaran kepada orang Amerika Syarikat oleh orang luar. Dalam negara Amerika Syarikat sendiri, gelaran ini dirujuk kepada penduduk timur laut negara tersebut iaitu di sekitar New England. Nama ini diberi oleh penduduk Perancis yang datang awal ke kawasan tersebut kepada pendatang Inggeris yang tiba kemudian. Walau bagaimanapun, gelaran yankee kini lebih banyak merujuk kepada semua penduduk Amerika Syarikat dari New England tanpa mengira asal keturunannya.
adhipatiadipatiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiGelaran kepada raja atau ketua daerah yang dilantik sebagai wakil raja. Penggunaan gelaran ini lebih bersifat kultus berbanding unsur politik pada zaman kebangkitan kerajaan kuno Zaman Klasik di Jawa. Contohnya Adipati Tuban bernama Ranggalawe yang dilantik semasa pemerintahan Raja Jayanagara (1309 M � 1328 M) di Majapahit.
fourth statekekuasaan keempatKomunikasiTiadaGelaran kuasa yang diberikan kepada pihak akhbar kerana kekuatan pengaruhnya sehingga mampu mengubah sikap, pandangan dan perlakuan masyarakat. Gelaran ini diberikan pada tahap keempat kerana kekuasaan pertama, kedua dan ketiga masing-masing dimiliki oleh lembaga eksekutif, perundangan dan pengadilan.
emperormaharajaSejarahTiadaPemerintah berdaulat yang menguasai wilayah yang luas dan mempunyai jajahannya sendiri, mempunyai gelaran monarki dan dianggap lebih tinggi kedudukannya dari raja biasa seperti gelaran kepada pemerintah Empayar Suci Rom iaitu Maharaja Augustus.
temper designationgelaran bajaanKejuruteraanTiadaTiada
aristronymaristronimPerpustakaanTiadaGelaran kaum bangsawan yang telah diubah atau digunakan sebagai nama keluarga.
sokesokeSukanTiadaGelaran kepada guru yang tertinggi dalam perguruan.
senseisenseiSukanTiadaGelaran untuk mereka yang telah mencapai taraf guru bertauliah.
123456

Kembali ke atas