Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelaran Datuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tolong berikan rujukan hormat bagi ketua polis daerah dalam majlis rasmi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. teima kasih.Kata sapaan hendaklah merujuk pangkat orang tersebut. Sekiranya orang tersebut membawa gelaran datuk, gelaran yang betul ialah Yang Berbahagia.Tatabahasa25.03.2010
Apa perbezaan antara Raja dan Sultan. Jika seorang lelaki mendapat gelaran Datuk, isterinya mendapat akan digelar Datin. Jika seorang wanita dpt gelaran Datuk cth. Datuk Nicole David, apa pula gelaran suaminya.?Dalam hal ini, suami kepada yang bergelar Datuk tidak menerima apa-apa gelaran, tidak sama seperti isteri kepada yang bergelar Datuk.Lain-lain03.04.2014
Dato’ Ahmad akan menerima bintang kebesaran yang membawa gelaran datuk. Itulah gelaran kedua selepas dia menerima gelaran dato’ tiga tahun yang lalu. Adakah ejaan datuk dan dato’ dalam ayat ini tepat?Ejaan gelaran dalam kedua-dua ayat perlu diselaraskan kepada Dato'. Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut dapat menjelaskan bahawa pingat kebesaran yang diterima daripada negeri yang beraja.Lain-lain13.01.2013
Apa perbezaan gelaran Dato' dan Datuk yg dianugerahkan kepada seseorang?Gelaran Dato' ialah anugerah yang dikurniakan oleh Sultan/Yang di-Pertuan Besar, manakala gelaran Datuk ialah anugerah yang dikurnia oleh Yang di-Pertuan Agong/Yang di-Pertua NegeriIstilah24.06.2007
yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?)

Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut.

Ejaan10.09.2011
Apakah perbezaan gelaran Dato' dengan Datuk? Adakah benar gelaran Dato' untuk darjah kebesaran yang diberikan oleh TYT atau Raja di setiap negeri. Manakala Datuk pula gelaran bagi mereka yang memperoleh darjah kebesaran daripada YDPAGelaran Dato' dikurniakan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dikurniakan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan.Lain-lain28.01.2014
Saya ingin bertanya apakah mengapakah terjadinya beberapa perbezaan dalam menentukan gelaran seseorang misalnya Datuk Seri, Dato' Seri, Dato' Sri... contohnya saya ingin menulis gelaran karangan pada tahun 2005 berkaitan sukan, jadi saya mencari siapakah menteri sukan ketika itu, lalu saya terjumpa pelbagai gelaran Datuk Azalina Othman, Dato' Seri Azalina Othman, Datuk Seri Azalina Othman. Mengapakah berlaku sedemikian?

Setiap penerima darjah kebesaran tertentu daripada negeri bersultan akan bergelar Dato' atau Dato' Seri kecuali penerima anugerah daripada negeri Pahang yang bergelar Dato' Sri seperti YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak dan YB Dato' Sri Hishamuddin bin Tun Hussein. Penerima darjah kebesaran tertentu daripada Persekutuan dan negeri-negeri tidak bersultan akan bergelar Datuk dan Datuk Seri. Sememangnya terdapat perbezaan dalam gelaran penerima anugerah negeri-negeri (bersultan dan tidak bersultan) dan Persekutuan, oleh itu media mengambil jalan tengah dengan menggunakan gelaran Datuk dan Datuk Seri untuk semua penerima. Dalam hal ini, media tidak boleh dijadikan rujukan lebih-lebih lagi dalam penulisan rasmi.

Lain-lain13.06.2011
Saya ingin bertanya, bagaimana untuk kita membezakan Dato' dan Datuk? Sekian, terima kasih.Gelaran Dato' diterima daripada raja-raja Melayu, manakala gelaran Datuk diterima daripada DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak diperintah oleh raja, misalnya Pulau Pinang dan Sabah.Lain-lain21.09.2007
Sekiranya seseorang pegawai itu mempunyai gelaran Datuk, adakah kita perlu menyatakan gelarannya dipangkal hadapan jawatannya. Contoh: jawatan beliau Ketua Eksekutif, adakah perlu dinyatakan sebagai Datuk Ketua Eksekutif dalam surat menyuratSekiranya surat tersebut ditujukan kepada Datuk, maka penulis hendaklah menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada Datuk, iaitu Yang Berbahagia Datuk di awal surat. Jawatan seperti Ketua Eksekutif  ditulis selepas nama datuk tersebut di bahagian alamat.  

Contoh ;

YBhg. Datuk Abang Sallehuddin bin Abg. Shokeran
Pengarah,
Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa09.07.2013
Mana satu yang betul, Dato atau Dato'?Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.Tatabahasa28.04.2013
123456789

Kembali ke atas