Datin | 1 gelaran bagi isteri Datuk. 2 gelaran kehormatan bagi perempuan yg setaraf dgn gelaran Datuk: ~ Fatimah ialah menteri wanita yg pertama di Malaysia. ~ Paduka; ~ Seri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Datin | 1. gelaran bagi isteri Datuk. 2. gelaran kehormatan bagi perempuan yg setaraf dgn gelaran Datuk: ~ Fatimah ialah menteri wanita yg pertama di Malaysia. ~ Paduka; ~ Seri. | Kamus Pelajar |
Datin | gelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato’); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datuk II | 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasanya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temenggung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
syahbandar | pegawai yg mengetuai pentadbiran pelabuhan, ketua pelabuhan; Datuk S~ gelaran salah seorang Orang Besar Berempat di Pahang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datuk | 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelar | 1 = gelaran kata spt Tengku, Datuk yg digunakan utk menunjukkan keturunan atau taraf seseorang dll: Beliau telah dikurniai ~ Tan Sri. 2 nama julukan yg diberikan mengikut sifat seseorang: ~nya Si Jongang kerana giginya jongang. bergelar mempunyai gelar; memakai gelar: Dlm majlis itu, tetamu-tetamu yg ~ duduk di barisan hadapan. menggelar memberi gelar: Baginda Sultan telah ~nya Datuk Setia Wangsa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Datuk Seri | gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Datuk Patinggi | gelaran kehormat yg dianugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
encik | 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |