Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh; kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.joh] | ݢلوجوه

Definisi : 1 suka makan banyak-banyak serta dgn gopoh dan kasar laku; lahap: Sungguhpun makanan itu tidak sedap tetapi oleh sebab perut lapar, kami makan juga dgn ~nya. 2 ki cepat-cepat atau gopoh (tidak cermat) dlm melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelojoh

Peribahasa

Umpama anjing makan muntahnya.

Bermaksud :

Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Gelojoh penulis mudaAhmad J. HussinUtusan Zaman31.07.1994
Penulis gelojoh tak beretikaPanah SaktiMingguan Malaysia20.06.1993
Usah gelojoh naikkan harga buku teksTiadaBerita Harian27.10.1997
Sikap gelojoh dalam perkembangan sastera MelayuMaswan SallehUtusan Melayu28.05.1978
Penulis gelojoh patut disekatNor Azizul HarunBerita Harian23.05.1994
Tindakan gelojoh merugikan negaraFirhat AmirMingguan Tanahair17.02.1983
Ramai ahli baru gelojoh - penggiat teaterKalsum AhmadBacaria02.11.1994
Amalan menghantar karya yang sama ke pelbagai penerbitan tonjolkansifat gelojohMokhtar Haji YusufMingguan Malaysia05.04.1992

Kembali ke atas