Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.long.sor] | ݢلوڠسور

Definisi : cerun licin drpd kayu dsb, tempat seseorang atau sesuatu meluncur turun; menggelongsor menggeluncur (di atas lantai licin dll), meluncur turun (dr pohon, tiang, dll), menggelincir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.long.sor] | ݢلوڠسور

Definisi : cerun licin yg dibuat drpd kayu dll tempat meluncur turun: Di padang permainan kanak-kanak itu ada buaian, jongkang-jongket dan papan ~. menggelongsor meluncur di atas cerun yg licin; menggeluncur (dr pohon, tiang dll); menggelincir: Dia jatuh lalu ~ pd lereng bukit itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelongsor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A)Biki dan Mizi bermain( gelongsor). B)Biki dan Mizi bermain (papan gelongsor). bermain gelongsor atau bermain papan gelongsor? Ayat mana satu lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah B)Biki dan Mizi bermain (papan gelongsor).Tatabahasa25.02.2015
Adakah gambar yang dilampirkan,jwpnnya ialah bermain gelongsor atau bermain papan gelongsor?Bermain papan gelongsor.Tatabahasa28.02.2013
Adakah ayat ini betul?(Adik bermain gelongsor di taman.)Ayat yang dinyatakan betul dari segi sudut tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perbuatan gelongsor boleh berbeza apabila bermain papan gelongsor atau gelongsor saja. Kami lebih jelas sekiranya dilampirkan gambar.Tatabahasa27.02.2013
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak bermain gelongsor / papan gelongsor di taman permainan.(yang mana satu betul) 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan/ sisa-sisa makanan tidak terselit di/pada celah-celah gigi. 3. Sejak pagi lagi/ Sejak dari awal pagi lagi, dia sudah mula mengerjakan sawah.(sejak dan dari ialah kata sendi nama.'sejak pagi lagi'yang betul?1. Kanak-kanak bermain papan gelongsor di taman permainan.
2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan tidak terselit di celah gigi.
3. Sejak pagi lagi....
Lain-lain11.10.2018
Tuan / Puan: 1. memanjat tangga papan gelongsor (betul / salah)? 2. menaiki tangga papan gelongsor (betul / salah) ? Terima kasih.Frasa memanjat tangga papan gelongsor dan menaiki tangga papan gelongsor, kedua-duanya betul.Tatabahasa17.10.2014
Bolehkan perkataan "meluncur" digunakan sebagai kata kerja untuk meluncur dari papan gelongsor?Meluncur bermaksud menggelongsor turun; atau melungsur. Oleh itu, boleh digunakan untuk merujuk perbuatan meluncur dari papan gelongsor.Tatabahasa23.01.2011
Adakah "slide switch" yang dilampirkan ialah suis gelongsor?Sekiranya diterjemah secara terjemahan harfiah, maksud yang saudara nyatakan adalah betul.Istilah26.06.2014
Tuan/Puan, 1)Mana frasa yang betul - melungsuri internet / melayari internet? 2)Boleh saya gunakan papan gelongsor untuk perkataan 'skateboard'? 3) Apa perbezaan bila, bilakah dan apabila? Terima kasih, Tuan & Puan.Salam sejahtera,

Puan,

Penggunaan perkataan yang betul:

1. Melayari internet
2. skateboard- papan selaju


Bagi soalan ketiga, perbezaannya seperti keterangan berikut:


Bila merupakan kata tanya yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika).

Bilakah merupakan kata tanya yang hadir di hadapan ayat.

Apabila merupakan kata hubung pancangan keterangan yang merujuk "pada ketika". Contoh ayat: Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.10.2019
assalamualaikum.sya pelajar stpm 2014 yg mengambil subjek Bahasa Melayu. Kami diminta untuk meyiapkan kerja kursus dan saya memilih laras bahasa sukan iaitu berfokus kepada sukan bola sepak untuk dikaji. Saya menghadapi masalah untuk mencari definisi dan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan dari Bahasa Inggeris yang berikut : 1. backheel 2. overlapping run 3.sliding tackle 4.curving shot 5.first timer Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian . Terima Kasih.Tuan boleh kemukakan soalan penterjemahan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami cadangkan beberapa istilah:
1. Tendangan Tumit.
2. Larian pintas
3. Rebut Gelongsor
4. Tendangan Lencong
5. Tendangan menerus.
Penyemakan dan penterjemahan24.08.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020

Kembali ke atas