Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1 kocakan air laut yg sangat hebat; gerakan gelombang yg besar serta dgn kencangnya. 2 = musim ~ musim hujan dan angin ribut yg kencang; musim hujan lebat serta banjir: Dlm musim ~, mereka tidak berani turun ke laut. 3 ki perasaan yg tidak tenang; perasaan yg sentiasa bergolak. bergelora 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar: Dr Melbourne, kapal itu telah belayar ke New Zealand, dan kemudian membelok ke selatan menempuh laut yg ~. 2 ki berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). menggelorakan menyebabkan perasaan menjadi bergelora; mengobarkan semangat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelora


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
turbulenceolakan, gejolakgelorageloraKejuruteraan
free turbulencegejola bebasgelora bebasgelora bebasKejuruteraan
isotropic turbulencegejola isotropikgelora isotropigelora isotropiKejuruteraan
wall turbulancegejolak dindinggelora dindinggelora dindingKejuruteraan
blood turbulancegolakan darahgelora darahgelora darahVeterinar
interfacial turbulencegejola permukaangelora antara mukagelora antara mukaKejuruteraan
anisotropic turbulenceturbulensi anisotropikgelora tak isotropigelora tak isotropiKejuruteraan
turbulent flowaliran turbulenaliran geloraaliran geloraKejuruteraan
turbulent flowaliran turbulenaliran geloraaliran geloraKejuruteraan
intensity of turbulanceintensitas turbulenkeamatan gelorakeamatan geloraKejuruteraan Kapal Terbang
12

Kembali ke atas