Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak; bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~; menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lo.ra] | ݢلورا

Definisi : 1 kocakan air laut yg sangat hebat; gerakan gelombang yg besar serta dgn kencangnya. 2 = musim ~ musim hujan dan angin ribut yg kencang; musim hujan lebat serta banjir: Dlm musim ~, mereka tidak berani turun ke laut. 3 ki perasaan yg tidak tenang; perasaan yg sentiasa bergolak. bergelora 1 berkocak dgn hebatnya (ttg air laut); bergelombang besar: Dr Melbourne, kapal itu telah belayar ke New Zealand, dan kemudian membelok ke selatan menempuh laut yg ~. 2 ki berasa sangat gelisah; bergolak dgn hebat (ttg perasaan); berkobar-kobar (ttg semangat). menggelorakan menyebabkan perasaan menjadi bergelora; mengobarkan semangat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelora


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wall turbulencegelora dindingKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran gelora akibat penyentuhan arus aliran dengan permukaan dinding pepejal. Gelora jenis ini terjadi di dalam aliran bendalir saluran terbuka atau tertutup dan melewati pepejal terapung atau tenggelam.
eddypusarKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengaliran yang berhalaju tinggi yang terbentuk dalam aliran gelora. Dalam aliran gelora, pusar pelbagai saiz terbentuk. Pada mulanya, pusar yang bersaiz besar terbentuk dan terpecah kepada saiz yang lebih kecil daripada 1 mm biasanya dipecahkan oleh tindakan tegasan likat atau geseran. Pusar yang terkecil mengandungi lebih kurang 1016 molekul. Dengan itu, pusat bersaiz makroskopik. Setiap pusar mempunyai tenaga mekanikal tertentu yang dibekalkan oleh tenaga keupayaan pengaliran pukal bendalir. Pengaliran tanpa pusar ialah aliran lamina dan pengaliran berpusar ialah aliran gelora.
free turbulencegelora bebasKejuruteraanKejuruteraan KimiaAliran gelora akibat penyentuhan arus aliran dengan arus aliran yang lain yang mengalir pada halaju yang berbeza. Gelora jenis ini terjadi di dalam aliran jet sesuatu jisim ke dalam bendalir pegun yang lain atau apabila lapisan sempadan di dalam aliran yang melewati jasad tenggelam atau terapung terpisah daripada jasad tersebut dan mengalir ke dalam bendalir pukal di sekelilingnya.
Turbulent tumbernombor geloraKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah halaju purata punca kuasa dua terhadap halaju aliran bebas yang beoleh diungkapkan sebagai dengan Tu = nombor gelora = halaju punca purata (m/s), u0 = halaju aliran bebas (m/s). Nombor gelora digunakan bersama-sama nombor Reynolds bagi kes aliran melewati jasad tenggelam atau terapung untuk mencirikan kesan halaju aliran bebas terhadap peralihan dari aliran lamina ke aliran gelora di dalam lapisan sempadan bendalir.
turbulencegelora; golakanGeologiTiadaGelora: Aliran bendalir yang halaju dan tekanan setempatnya turun naik secara rawak dan tidak sekata.
intensity of turbulencekeamatan geloraKejuruteraanKejuruteraan KimiaUkuran bagi kadar putaran pusat atau jumlah tenaga yang terkandung di dalam pusar pada saiz tertentu. Ia dijelaskan sebagai peratusan halaju purata ganda sebagai I = 100 [(u�)2]/1-2?, dengan I = keamatan gelora, ? = halaju purata, u� = halaju sisihan. Keamatan sesuatu aliran gelora biasanya kurang daripada 10%. Nilai keamatan gelora adalah penting bagi kajian pemindahan haba dan jisim.
wake turbulencegelora keracakKejuruteraan AutomotifTiadaGelora atau angin yang ditinggalkan oleh pesawat selepas berlepas.
isotropic turbulencegelora isotropiKejuruteraanKejuruteraan KimiaGelora apabila komponen halaju purata ganda dua adalah sama dalam semua arah pengaliran yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 82) dengan ialah komponen halaju purata ganda dua dalam arah paksi x, y, dan z.
anisotropic turbulencegelora tak isotropiKejuruteraanKejuruteraan KimiaGelora apabila komponen halaju purata ganda dua dalam arah paksi x, y, dan z yang berbeza yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 82) dengan ialah komponen halaju purata ganda dua dalam arah paksi x, y, dan z.
spectrum of turbulencespektrum geloraMatematikTiadaHubungan antara laju purata olakan gelora atmosfera matahari dengan saiz pusar itu sendiri.
12345678910...

Kembali ke atas