Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : 1. lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); sanggul ~ kondai, sanggul; bergelung melengkung, berlingkar: ular ~; dawai yg ~ itu mesti diluruskan sebelum dipakai; menggelung 1. melengkung hingga menjadi gelung (rotan dll); 2. membuat sanggul;menggelungkan melingkarkan, melengkungkan;tergelung-gelung terlingkar-lingkar;gelungan lingkaran (dawai, rotan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : Kd kumpulan (orang jahat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : Kl 1. bendang (petak-petak); 2. lorong bencah, jalan sempit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : , = gelungan 1 apa-apa yg berbentuk bulat kerana digulung (bkn rotan, kertas dsb); lingkar. 2 apa-apa yg melengkung bentuknya; kelok: ~ rambut kelok atau ikal rambut. bergelung berlingkar bentuknya kerana digulung: Dia meluruskan dawai yg ~ itu dahulu sebelum menggunakannya. menggelung membuat atau membentuk gelung (drpd sesuatu); melingkar: ~ rotan. menggelungkan menjadikan sesuatu bergelung atau berlingkar; melingkarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelung


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gelung Henleloop of HenleBahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat RajahMenengah Atas
prominensprominenceFenomena gelung besar gas bercahaya yang berlaku di permukaan matahari.Menengah Rendah
springspringAlat daripada logam yang berpintal, bengkok atau bergelung-gelung, yang menganjal apabila ditekan. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas