Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : 1. lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); sanggul ~ kondai, sanggul; bergelung melengkung, berlingkar: ular ~; dawai yg ~ itu mesti diluruskan sebelum dipakai; menggelung 1. melengkung hingga menjadi gelung (rotan dll); 2. membuat sanggul;menggelungkan melingkarkan, melengkungkan;tergelung-gelung terlingkar-lingkar;gelungan lingkaran (dawai, rotan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : Kd kumpulan (orang jahat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : Kl 1. bendang (petak-petak); 2. lorong bencah, jalan sempit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lung] | ݢلوڠ

Definisi : , = gelungan 1 apa-apa yg berbentuk bulat kerana digulung (bkn rotan, kertas dsb); lingkar. 2 apa-apa yg melengkung bentuknya; kelok: ~ rambut kelok atau ikal rambut. bergelung berlingkar bentuknya kerana digulung: Dia meluruskan dawai yg ~ itu dahulu sebelum menggunakannya. menggelung membuat atau membentuk gelung (drpd sesuatu); melingkar: ~ rotan. menggelungkan menjadikan sesuatu bergelung atau berlingkar; melingkarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelung


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rawai Ibkostum tradisional wanita Iban yang diperbuat daripada gelung-gelung rotan yang dihiasi dengan cincin-cincin tembaga.Yang berikut ialah bahan-bahan yang digunakan. Pelaga, manik, kelam, buri, wang perak, dan syiling rawai. Semua bahan itu diletakkan di dalam air. Sehelai pua kumbu akan digunakan untuk menyelimuti bayi yang hendak diberi mandi. Orang yang mendahului pasukan itu menggandar sebatang lembing.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas