Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelung I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.. 2.banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung. Minta Bantuan analisis ayat sama ada Betul Atsu Salah..tq..Kedua-dua ayat berikut betul dengan sedikit pindaan.

1. Pasu bunga dan gelung simen di taman mini itu saya cat.
2.Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung.
Tatabahasa02.07.2013
Adakah ayat ini betul untuk penggunaan perkataan "di antara". Adakah ayat ini betul? Isikan tempat kosong pada jadual 1 berkenaan perbezaan di antara sistem gelung terbuka dan tertutup.Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Ayat yang betul ialah "Perbezaan antara sistem gelung terbuka dengan gelung tertutup".
Tatabahasa30.10.2022
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih!1) Untuk  makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
 
solution aggregator - penggabungan penyelesaian
Edge Computing - pengkomputeran pinggir
Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan.
edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir
across every industry - Melangkaui setiap Industri
billions of connected things - Berbilion benda yang berkait
feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik

Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan.  Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan.  Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)



Makna23.10.2017
Salam Sejahtera, Saya ingin mengemukakan satu soalan yang berbunyi 1) Se( )benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju. Adakah jawapan gelung boleh diterima sebagai jawapan selain buku? Mengapa ? Terima Kasih.

Penjodoh bilang bilangan yang tepat ialah segelung benang atau segulung benang.

Tatabahasa16.08.2011
Manakah yang betul 1. Ayah menyuruh Ali menggelung atau menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gelung atau gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung atau digelung semula.Ayat yang betul; 1. Ayah menyuruh Ali menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung semula.Tatabahasa02.08.2009

Kembali ke atas