Frasa"gemar akan " boleh digunakan tak? | Perkataan "akan" boleh sahaja digugurkan. Contohnya, ayat "Saya gemar makan nasi" atau "Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah"
| Tatabahasa | 26.08.2022 |
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ragam ayat bagi dua ayat berikut? (i) Kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman. (ii) Kebanyakan pelancong gemar mengunjungi Pulau Tioman. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman".
| Tatabahasa | 12.04.2015 |
Saya gemar makan nasi. Ayat ini betul tak? | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat ini betul. | Lain-lain | 26.08.2022 |
saya gemar menulis dan ada menghasilkan beberapa karya berbentuk novel.baru2 ini saya ada mendengar di radio mengenai pertandingan menulis novel.walaubagaimanapun saya tidak tahu bagaimana caranya untuk menyertai pertandingan tersebut.bolehkah pihak tuan memberikan maklumat lanjut mengenai pertandingan tersebut atau bagaimanakah caranya untuk saya mengetengahkan hasil karya saya itu? | Untuk makluman sdr., Sayembara Menulis Novel MAIDAM dan DBP Wilayah Timur sedang berlangsung dengan tarikh tutupnya pada 31 Ogos 2008. Maklumat lanjut tentang sayembara ini, sila layari laman web DBP - http://.dbp.gov.my. Juga sekiranya sdr. ingin menghantar manuskrip untuk terbitan DBP silalah alamatkan manuskrip tersebut ke alamat: Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. Pastikan sdr. ada menyimpan salinan manuskrip tersebut sebelum mengirimkan salinan asal manuskrip ke pihak DBP. Sekian, terima kasih dan salam. | Lain-lain | 01.06.2008 |
Tuan, Betulkah frasa ini? 1. amat suka benar 2. sungguh cantik jelita 3. sangat gemar sungguh 4. terlalu bersedih 5. sangat tamah-ramah | Frasa yang betul adalah seperti yang berikut: - amat suka benar (Penerangan: amat –kata penguat bebas boleh hadir bersama dengan benar – kata penguat belakang)
- sungguh cantik/ sungguh jelita (kerana kata cantik dan jelita membawa maksud yang sama)
- gemar (gemar ialah kata kerja maka tidak boleh hadir bersama dengan kata penguat)- sila rujuk maksud gemar
- terlalu sedih (bersedih ialah kata kata kerja)
- sangat ramah ( kata ganda ‘ramah-tamah’ telah membawa maksud ‘sangat/amat/sungguh’. Jadi penggunaan kata penguat di depannya tidak perlu.)
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 259-260. | Tatabahasa | 16.06.2014 |
Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. (munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan dibaluti? terima kasih) | Perkataan yang sesuai ialah disaluti. | Lain-lain | 14.01.2014 |
Saya gemar akan makan nasi. Ayat ini betul tak? | Ayat yang betul ialah "Saya gemar makan nasi." | Lain-lain | 26.08.2022 |
Saya sangat gemar akan makan nasi. Ayat ini betul tak? | Ayat yang betul ialah "Saya sangat gemar makan nasi." | Lain-lain | 26.08.2022 |
Mana satu ayat yang betul, (1) atau (2)? (1) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. (2) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus daripada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. Terima kasih | Penggunaan yang betul ialah Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. | Tatabahasa | 15.08.2018 |