Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemar akan

Peribahasa

Bunga dipetik,
     perdu ditendang.

Bermaksud :

Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "pada Dinasti Qing" dan "pada zaman Dinasti Qing" itu membawa maksud yang sama? "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu." Adakah ayat ini betul? Terima kasih.Penggunaan ayat "Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong amat gemar akan kaligrafi Zhao Mengfu."tersebut betul.Makna18.01.2018
Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. (munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan dibaluti? terima kasih)Perkataan yang sesuai ialah disaluti.Lain-lain14.01.2014
Saya gemar akan makan nasi. Ayat ini betul tak?Ayat yang betul ialah "Saya gemar makan nasi."Lain-lain26.08.2022
Saya sangat gemar akan makan nasi. Ayat ini betul tak?Ayat yang betul ialah "Saya sangat gemar makan nasi."Lain-lain26.08.2022
Frasa"gemar akan " boleh digunakan tak?Perkataan "akan"  boleh sahaja digugurkan. Contohnya, ayat "Saya gemar makan nasi" atau  "Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah"
Tatabahasa26.08.2022
Mohon semakan penggunaan tagline seperti berikut: Sayangi pantai kita atau Sayangkan pantai kita Yang mana satu yang betul dan mohon penjelasan Terima kasihSalam sejahtera,

Puan,

Berdasarkan data kami, sayangi membawa maksud kausatif, iaitu menyebabkan sesuatu disayangi.

Sayangkan pula membawa maksud suka akan, gemar akan

Berdasarkan konteks ayat di berikan sayangi pantai kita lebih sesuai digunakan.
Tatabahasa05.06.2017
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah.

Tatabahasa20.04.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang pelajar di sekolah menengah yang ingin menajamkan ilmu tatabahasa saya. Cikgu menyaran saya untuk membeli buku Tatabahasa Dewan edisi ke-3, tetapi saya mendapati buku tersebut terlalu rumit dan sukar untuk difahami. Tambahan pula, ketiadaan latihan yang menguji kefahaman saya membuatkan saya kurang gemar akan buku tersebut. Persoalan saya, adakah DBP mempunyai rujukan tatabahasa yang lebih sesuai untuk pengguna sekolah menengah dan adakah DBP mengeluarkan buku latihan tatabahasa untuk peajar sekolah menengah? Jika tiada, saya harap pihak DBP mengambil ini sebagai cadangan supaya ilmu tatabahasa dapat difahami dan didalami semua lapisan umur. Sekian, harap maklum.

Pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk mendalami ilmu tatabahasa antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah atau Tatabahasa  Dewan Edisi Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan yang lebih komprehensif.

 

Lain-lain17.02.2022
Anak-anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang kamil daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang kamil kepada anak-anak mereka.Contohnya,ibu bapa boleh menunjukkan perasaan cinta akan patriotisme terhadap anak maka anak gemar akan meniru segala perlakuan daripada ibu bapa.Pada Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan dari Singapura sejak 1782 tahun. Salam,Tuan.Saya nak tahu akan semua ayat ada kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah tak?Jika ada,bolehkah membetulkan kesalahan yang saya buat.Terima kasih

Anak mestilah diasah sejak bangku sekolah agar pandai meniru tatasusila yang baik daripada ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa seharusnya menampilkan diri yang baik kepada anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa menunjukkan perasaan patriotik terhadap anak, maka anak akan turut meniru segala perlakuan ibu bapa mereka. Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di seluruh negeri yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan.

Sila pastikan fakta yang betul dan tepat.
Lain-lain27.01.2021
salam satu malaysia, saya tertarik dengan buku teks Bahasa Malaysia KSSR tahun 1 yang diterbitkan oleh DBP (2013) m.s 76 dan 77. walau bagaiamanapun, saya kurang faham penggunaan 'akan' dalam ayat tersebut iaitu; 1. saya suka akan warna warna biru ( m.s 76) 2. Tawi gemar akan warna merah ( m.s 77) bolehkah ayat tersebut ditulis tanpa menggunakan perkataan 'akan' iaitu saya suka warna biru sahaja?Perkataan "akan" digunakan untuk menunjukkan ayat yang gramatis dan untuk memerikan unsur emotif.Untuk makluman saudara, perkataan "akan" digunakan di hadapan kata nama (bukan kata kerja) sahaja. Oleh itu, tidak salah sekiranya ayat tersebut berbunyi " Saya suka warna biru".Tatabahasa05.06.2014
12

Kembali ke atas