Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3. = kegembiraan; menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : sangat suka; besar hati; bangga: Dia sungguh ~ kerana anaknya akan pulang tidak lama lagi. bergembira berasa gembira; berasa sangat suka: Mereka ~ kerana telah lulus ujian itu. menggembirakan menimbulkan perasaan gembira; menyebabkan gembira: Perkara yg sangat ~ aku ialah aku dpt bertemu semula dgn saudara-saudaraku. kegembiraan hal atau keadaan gembira; rasa gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembira

Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
merry talecerita gembiraKesusasteraanTiadaCerita yang berunsurkan kegembiraan dan membuatkan audiennya berasa senang serta gembira membacanya.
melancholymurung; melankoliKesusasteraanTiadaTidak kelihatan gembira, sedih.
rapturepuncak riaKesusasteraanTiadaRasa sangat gembira kerana sebab-sebab tertentu.
ecstacyekstasiPerubatanTiadaPerasaan sukacita dan gembira yang amat sangat, yang mungkin disebabkan oleh epilepsi atau skizofrenia.
happening eventacara menarikUmumTiadaPerihal gembira di tempat hiburan atau keramaian.
atmospheresuasanaKesusasteraanPuisiPerihal perasaan sedih, gembira, kagum dan simpati yang i:imbul dalam puisi melalui penggunaan bahasa. Contohnya, puisi "Ke Makam Bonda" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang menimbulkan kesedihan di samping kekaguman.
giojosogiojosoMuzikTiada

 Gaya yang gembira dan riang. Giojoso biasanya dimainkan dalam tempo muzik yang pantas.

frohlich (G)frohlichKesenianTiadaEkspresi dalam pergerakan muzik seperti gembira.
pleaserpenggembiraUmumTiadaSeseorang yang suka membuatkan orang lain gembira.
lustiglustigMuzikTiada

 Pemuzik bermain dengan perasaan yang gembira dan riang dalam tempo yang agak rancak.

1234

Kembali ke atas