Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.men.tar] | ݢمنتر

Definisi : gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dll): jangan berasa ~ melihat kekuatan seteru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.men.tar] | ݢمنتر

Definisi : bergerak-gerak anggota badannya kerana ketakutan dsb: Wahyu yg disampaikan oleh Jibrail itu sangat mengejutkan Nabi Muhammad SAW sehingga ~ seluruh tubuhnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gementar

Peribahasa

Genta saja yang berbunyi,
     kuda sudah dek gerindin.

Bermaksud :

Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nervousgementar; sarafPendidikanTiadaTiada
jittery studentpelajar gementarPendidikanTiadaTiada
stage frightgemuruh khalayakKomunikasiTiadaPerasaan gementar yang dialami oleh seseorang ketika memulakan sesuatu persembahan di hadapan orang ramai.
tremolotremoloKesenianTiadaTeknik tiupan yang menghasilkan suara gementar.
stage-frightgemuruh pentasKesenianDrama dan TeaterKeadaan gementar yang biasanya dialami oleh pelakon atau artis pada peringkat awal persembahan.
tremante (It)tremanteKesenianTiadaTeknik tiupan yang menghasilkan suara gementar. Sinonim dengan istilah tremolo.
tremando (It)tremandoKesenianTiadaTeknik tiupan yang menghasilkan suara gementar. Sinonim dengan istilah tremolo.
seleniumseleniumGeologiTiadaElemen Se, bukan logam, beracun dan menyerupai sulfur, keracunannya menyebabkan kepucatan, gementar, perpeluhan dan kemuraman, dikaitkan dengan pertambahan karies jika mekanan dan bekalan air tercemar olehnya.
seleniumseleniumPerubatanTiadaElemen Se, bukan logam, beracun dan menyerupai sulfur, keracunannya menyebabkan kepucatan, gementar, perpeluhan dan kemuraman, dikaitkan dengan pertambahan karies jika mekanan dan bekalan air tercemar olehnya.
seleniumseleniumKejuruteraanTiadaElemen Se, bukan logam, beracun dan menyerupai sulfur, keracunannya menyebabkan kepucatan, gementar, perpeluhan dan kemuraman, dikaitkan dengan pertambahan karies jika mekanan dan bekalan air tercemar olehnya.
123

Kembali ke atas