Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mer.lap] | ݢمرلڤ

Definisi : berkilat-kilat, berkilauan: pakaiannya penuh bertabur dgn permata yg ~; di sana sini gemerlapan cahaya lampu neon; permata intan berlian yg bergemerlapan sinar-menyinar cahayanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mer.lap] | ݢمرلڤ

Definisi : , = gemerlapan cahaya yg berkilau-kilau (pd berlian, lampu dsb). bergemerlapan berkilat-kilat; berkilauan: Lampu-lampu ~ di kiri kanan jalan pd malam menyambut pertabalan baginda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemerlap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya adakah gemerlap ialah kata adjektif. Jika ya, saya terjumpa satu rujukan terbitan DBP (Tatabahasa Dewan Bentuk Kata m/s85) yang memberi satu contoh gemerlap ialah kata nama selepas berlaku proses sispan -em-. Saya ingin kepastian sahaja bukan mencari kesalahan. Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 659), kata gemerlap diberikan dua kelas kata iaitu kata adjektif dan kata nama. Sila lihat takrifan entri ini.


gemerlap

kata adjektif
1 (bkn lampu, berlian, bintang dll) bersinar atau berkilau-kilau cahayanya:
Mahkotanya bertatahkan permata berlian yg gemerlap.


2 (bkn sso atau sst) cemerlang dan hebat krn banyak kejayaan dicapai atau dicipta dlm sst bidang:
Tahun ini, pasukan Cameron lebih gemerlap berbanding tahun lalu.


kata nama
3 cahaya yg bersinar atau berkilau-kilau pd lampu, berlian, bintang dll:
Tataplah gemerlap bintang-bintang yg bertaburan di langit malam.


4 sinar kecemerlangan atau kehebatan sso atau sst:
Gemerlap kehebatan pasukan itu yg mengungguli Liga Perdana kian terpancar.


Kelas kata yang digunakan adalah mengikut penggunaan dan konteks bagi kata tersebut.
Lain-lain30.06.2021
adakah perkataan pelbagai,peringkat dan pertama dikategorikan sebagai imbuhan sisipan el dan er? saya ingin menyiapkan tugasan mengenai morfologi.t kasih.Perkataan pelbagai, peringkat dan pertama tidak dikategorikan sebagai sisipan el dan er. Contoh yang betul ialah telapak, seruling dan gemerlap.Tatabahasa07.11.2010

Kembali ke atas