Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp cepat tersentuh atau melatah ter­hadap sesuatu (berita, peristiwa, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya guna perkataan Gempak Rider utk tajuk sesuatu acara? Ia adalah acara konvoi bermotosikal Cth: Jangan ketinggalan untuk menyertai acara 'Gempak Rider' pada ahad 21 Oktober 2012 iniUntuk makluman puan, frasa "Gempak Rider" tidak boleh digunakan kerana perkataan "Gempak" ialah bahasa percakapan dan tidak diterima sebagai perkataan yang rasmi. Perkataan "Rider" pula ialah perkataan bahasa Inggeris dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Penggunaan perkataan bahasa Melayu bersama-sama bahasa Inggeris dalam satu frasa (bahasa rojak) juga tidak dibenarkan. Oleh itu, kami mencadangkan puan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya untuk tajuk acara tersebut, contohnya "Penunggang Hebat".Istilah05.09.2012
Salam sejahtera. Tuan, saya perlu penjelasan mengenai perkataan “gempak”. Soalan saya; 1. Bolehkah perkataan “gempak” digunakan dalam penulisan formal. 2. Apakah imbuhan yang sesuai digunakan pada perkataan ini. 3. Boleh tuan berikan contoh ayat yang menggunakan perkataan ini dengan betul.Perkataan “gempak” merupakan bahasa percakapan yang tidak boleh digunakan dalam penulisan formal. Lazimnya, bahasa percakapan tidak diberikan imbuhan kerana tidak digunakan dalam situasi rasmi. Contoh ayat yang betul ialah “Kalau dia kena tangkap, mesti gempak satu kampung”.Tatabahasa27.08.2022
GEMPAK BOLA PILIH & DAPATKAN TV PERCUMA DAPATKAN TV PERCUMA SEKIRANYA ANDA MEMILIH PASUKAN YANG MENANG TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT
Gempak Bola, Pilih dan Dapatkan TV Percuma
Dapatkan TV percuma jika pasukan yang anda pilih menang.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Tatabahasa17.05.2014

Kembali ke atas