Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini; menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi; tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba­tiba: sidang ~; kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.par] | ݢمڤر

Definisi : riuh atau bising kerana sesuatu; kelam-kabut kerana rusuhan dll: Orang ramai yg sedang membeli-belah di pasar itu pun ~lah, semuanya lari bertempiaran. menggemparkan menyebabkan menjadi gempar: Berita itu telah ~ penduduk-penduduk kampung. tergempar dgn mendadak; dgn tiba-tiba: mesyuarat ~. kegemparan keadaan atau hal gempar; peristiwa yg menggemparkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alarmgemparSejarahSejarah MalaysiaKetakutan dan kegemparan yang disebabkan oleh sesuatu yang berbahaya yang bakal menimpa.
manic-depressiongempar murungPendidikanTiadaTiada
affraygaduh-gemparUndang-undangTiadaTiada
epicenterepipusat/pusat gemparGeologiTiadaTiada
epicenterepipusat/pusat gemparGeografiTiadaTiada
breaking newsberita gemparKomunikasi MassaTiadaBerita yang baru berlaku secara tergempar dan terkini yang dilaporkan khas, berbentuk liputan tentang sesuatu isu.
shocking salejualan gemparPerniagaanTiadaAktiviti jualan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga biasa.

Kembali ke atas