Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.pur] | ݢمڤور

Definisi : diserang dan dibinasakan, dihancur­kan: kena ~; menggempur menyerang dan membina­sakan (musuh, pertahanan dll), menghancurkan: kapal terbang pengebom telah ~ kubu-kubu komunis di utara Malaysia; penggempuran perihal atau perbuatan menggempur: dua jurusan ~ direncanakan; penggempur (orang, pasukan, dll) yg menggempur; pasukan ~ pasukan yg paling depan dlm perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.pur] | ݢمڤور

Definisi : ; menggempur menyerang dan membinasakan musuh dsb; merosakkan atau memusnahkan: Sepasukan askar Melayu telah berjaya ~ sarang-sarang musuh di kawasan sempadan Malaysia-Thai. penggempuran perbuatan menggempur; pembinasaan. penggempur 1 orang atau pasukan yg menggempur. 2 alat yg digunakan utk menggempur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gempur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asslamualaikum, Adakah perkataan 'GEMPUR' dan 'TEMPUR' membawa maksud yang sama? Antara kedua-dua perkataan itu,yg manakah membawa maksud 'serang dan rosakkan'?Gempur bermaksud diserang dan dibinasakan, manakala tempur bermaksud berlanggaran, berkelahi, berjuang, berperang.Makna30.05.2009

Kembali ke atas