Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk; ~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb, Mn enggan bergaul dgn saudara-mara; menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan; kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak; penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan; penggemuk sesuatu yg menyebabkan men­jadi gemuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1 besar kerana banyak dagingnya; tambun: Orang yg terlalu ~ atau terlalu kurus itu biasanya tidak sihat. 2 benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yg terdapat dlm tubuh binatang; lemak. ~ gedempol sangat gemuk. menggemukkan menjadikan atau menyebabkan menjadi gemuk: Setengah-setengah petani menumpukan perhatian mereka dlm usaha ~ lembu. penggemukan perbuatan atau proses menjadikan gemuk: Bijirin merupakan bahan yg kaya dgn sumber tenaga dan nilai ~ yg paling tinggi. penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk. kandang ~ kandang tempat usaha atau kegiatan utk menggemukkan ternakan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu,
     bertambah kecil lagi matanya.

Bermaksud :

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
obeseadj (fml) gemuk gedempol, /sangat, amat/ gemuk; (tech) obes: an ~ cook, tukang masak yg gemuk gedempol.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fatadj 1. excessively plump, gemuk, tambun, gedempol; (of animal) gemuk, tambun; (of cheek) tembam, montel; (of stomach) buncit; (of fingers) gemuk, tembam, montok: a ~ man, orang gemuk; the cattle are not ~ enough, lembu-lembu itu tdk cukup gemuk; ~ fingers, jari-jari gemuk; 2. containing much fat, banyak lemak: ~ mutton, daging kambing yg banyak lemak; 3. thick, substantial and well-filled, a. tebal: a ~ volume, jilid buku yg tebal; b. (fig.), [various translations]: he has a ~ bank account, dia mempunyai wang yg banyak di bank; a ~ wallet, dompet yg kembung dgn wang; a ~ larder, almari makanan yg penuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grosslyadv 1. (ref to person’s weight) extremely, terlampau, gedempong, gedempol: he is ~ overweight, dia terlampau gemuk or dia gemuk gedempol; 2. glaringly, flagrantly, terlalu, terlampau: the story was ~ exaggerated, cerita itu terlalu dibesar-besarkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corpulentadj gemuk (gedempol): what a ~ fellow he is, gemuk gedempol betul orang ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obesityn (fml), (keadaan) gemuk gedempol, (keadaan) /sangat, amat/ gemuk; (tech) keobesan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
podgyadj chubby,dempak, gemuk pendek: a ~ young woman,perempuan muda yg gemuk pendek; ~ little fingers,jari-jari kecil yg dempak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pudgyadj short and fat, gemuk pendek, dempak: a ~ little boy, budak lelaki yg gemuk pendek; ~ fingers, jari-jari yg dempak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grossadj 1. total, whole, without deduction, kasar: the ~ weight, berat kasar; ~ income, pendapatan kasar; 2. (esp leg.) flagrant, glaring, melampau: ~ injustice, ketidakadilan yg melampau; the driver was charged with ~ negligence, pemandu itu didakwa krn kecuaian yg melampau; a ~ error, kesilapan yg melampau; 3. (of person) obese, terlampau gemuk, gemuk /gedempong, gedempol/; 4. vulgar, coarse, kasar: she found his ~ jokes repulsive, dia mendapati jenaka kasar lelaki itu menjijikkan; 5. unpleasant, offensive, hodoh: ~ statues of animals stand guard over the entrance, arca-arca binatang yg hodoh berdiri di pintu masuk seolah-olah menjadi pengawal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
middle age(d) spreadn (colloq) gemuk di (bahagian) pinggang: ~ is something most of us would like to avoid if possible, gemuk di bahagian pinggang ialah sesuatu yg ingin kita elakkan, jika boleh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vicious circlen /lingkaran, putaran/ ganas: the more she eats, the fatter she gets; the fatter she gets the more miserable she becomes; the more miserable she becomes, the more she eats. It’s a ~, lebih banyak dia makan, dia menjadi lebih gemuk; apabila dia lebih gemuk, dia menjadi lebih sengsara; apabila dia lebih sengsara, dia makan lebih banyak. Itu lingkaran ganas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas