Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk; ~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb, Mn enggan bergaul dgn saudara-mara; menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan; kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak; penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan; penggemuk sesuatu yg menyebabkan men­jadi gemuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1 besar kerana banyak dagingnya; tambun: Orang yg terlalu ~ atau terlalu kurus itu biasanya tidak sihat. 2 benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yg terdapat dlm tubuh binatang; lemak. ~ gedempol sangat gemuk. menggemukkan menjadikan atau menyebabkan menjadi gemuk: Setengah-setengah petani menumpukan perhatian mereka dlm usaha ~ lembu. penggemukan perbuatan atau proses menjadikan gemuk: Bijirin merupakan bahan yg kaya dgn sumber tenaga dan nilai ~ yg paling tinggi. penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk. kandang ~ kandang tempat usaha atau kegiatan utk menggemukkan ternakan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu,
     bertambah kecil lagi matanya.

Bermaksud :

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. Bolehkah perkataan berganda iaitu "gemuk-gemuk" ditulis sebagai gegemuk ? Sekian, yerima kasih.
Perkataan gemuk-gemuk merupakan pengandaan penuh kata adjektif, iaitu mengandakan kata adjektif tunggal untuk memberikan makna keadaan sifat yang menyeluruh. Kata gemuk-gemuk juga boleh diganda separa pada kata berawalan menjadi segemuk-gemuk. Tidak ada bentuk gandaan gegemuk.
Ejaan11.05.2017
Adakah "gemuk" dan "gempal" mempunyai maksud yang sama atau berbeza?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "gemuk" ialah  "tidak kurus, besar badan, besar kerana banyak dagingnya atau benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yang terdapat dalam tubuh binatang" manakala "gempal" bermaksud "gemuk sedang. Maka perkataan gemuk dan gempal adalah sinonim."Makna28.03.2024
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih.

a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak)

b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul)

c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul)

d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka.

Tatabahasa19.10.2011
Selamat sejahtera,Apa khabar? Saya ingin bertanya ttg penggunaan kata adjektif yg betul. Tolong terangkan penggunaan 'paling 'yg betul dlm ayat. Adakah ayat -2 di bawah betul? 1. Bilal ialah budak yang paling tinggi sekali di dalam kelas 4M. 2. Bilal ialah budak yang paling tertinggi sekali di dalam kelas 4M. Bolehkah paling dan sekali dalam ayat? Ayat 2: 1) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk. 2) Semua biri-biri yang diternak oleh Ali gemuk-gemuk belaka. Bolehkah perkataan belaka ditulis bersama perkataan tak berganda cth: gemuk belaka?Bgmanakah penggunaan belaka dalam ayat?TQSdr. sowlili, perkataan paling telahpun menunjukkan darjah tertinggi dalam perbadingan sesuatu benda seperti contoh dalam ayat ini. Oleh itu paling tinggi sekali dianggap tidak gramatis. cukup jika ditulis paling tinggi sahaja.Manakala belaka semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~.Tatabahasa05.12.2007
Betulkah tatabahasa ayat ini ? Dimanakah saya boleh membuat ujian saringan untuk gemuk?Tatabahasa yang betul ialah Di manakah saya boleh membuat ujian saringan untuk gemuk? .  Tatabahasa02.03.2010
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal  pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal.

Manakala bagi soalan:

2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi.

Makna26.02.2009
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN.1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul.
2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah.
3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi.
Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa23.04.2012
Saya ingin memastikan ayat-ayat di bawah yang manakah mempunyai tatabahasa yang betul: 1) Budak itu gemuk tetapi cergas. 2) Budak itu kurus tetapi cergas. Terimakasih.Kedua-dua ayat betul bergantung pada sifat yang hendak disampaikan atau ditonjolkan.Tatabahasa28.04.2008
Assalamualaikum..Adakah perkataan biadab Kata terbitan?Biadab ialah kata adjektif yang melambangkan sifat. Contoh kata adjektif yang lain ialah gemuk, kurus, tinggi dan sebagainya.Tatabahasa12.09.2021
salam . apakah perkataan berlawan buncitUntuk makluman saudara, tidak semua perkataan ada lawannya. Tidak ada perkataan lawan bagi kata buncit yang lazim diungkapkan seperti gemuk lawannya kurus dan tinggi lawannya rendah.Tatabahasa21.09.2011
12

Kembali ke atas