Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk; ~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb, Mn enggan bergaul dgn saudara-mara; menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan; kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak; penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan; penggemuk sesuatu yg menyebabkan men­jadi gemuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1 besar kerana banyak dagingnya; tambun: Orang yg terlalu ~ atau terlalu kurus itu biasanya tidak sihat. 2 benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yg terdapat dlm tubuh binatang; lemak. ~ gedempol sangat gemuk. menggemukkan menjadikan atau menyebabkan menjadi gemuk: Setengah-setengah petani menumpukan perhatian mereka dlm usaha ~ lembu. penggemukan perbuatan atau proses menjadikan gemuk: Bijirin merupakan bahan yg kaya dgn sumber tenaga dan nilai ~ yg paling tinggi. penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk. kandang ~ kandang tempat usaha atau kegiatan utk menggemukkan ternakan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu,
     bertambah kecil lagi matanya.

Bermaksud :

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUPU-KUPU TENGKORAK

Kupu-kupu tengkorak ialah kupu-kupu

besar yang badannya gemuk dan berbulu. Banyak

kepercayaan karut timbul kerana badannya

bercorak seperti tengkorak. Kupu-kupu tengkorak

adalah sejenis kupu-kupu lang (lihat Kupu-kupu

lang).

UMUM 
PUFIN

Pufin juga dikenali sebagai nuri laut , ialah

burung yang hidup di perairan Artik di Lautan

Atlantik dan Pasifik. Ia mempunyai badan yang

gemuk, kepala yang besar, dan paruh yang tinggi,

leper. Semasa musim membiak, ketumbuhan yang

berwarna terbentuk pada paruh pufin jantan.

UMUM 
AFID

Afid yang dikenal juga sebagai kutu tumbuh-

tumbuhan ialah serangga berbadan lembut yang

kecil yang makan jus tumbuh-tumbuhan. Banyak

jenis afid membahayakan taman, kebun, dan

tanaman ladang. Afid mempunyai badan yang

gemuk, kepala yang kecil, dan mulut yang

berbentuk tiub. Afid menggunakan tiub ini untuk

mencucuk batang tumbuh-tumbuhan atau daun

dan makan jusnya. Afid berwarna hijau, hitam,

keputih-putihan atau warna lain. Banyak jenis

afid mempunyai empat sayap. Yang lainnya tidak

mempunyai sayap.

UMUM 
MENGAWAL BERAT BADAN

Mengawal berat badan ialah proses

mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan

kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh

seseorang dengan amaun senaman yang

dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan

dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin

kurang lemak dalam badan. Mengawal berat

badan mempunyai kepentingan perubatan kerana

menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa

kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah

emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku

akibat keobesan.

UMUM 
ANTONIM

Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Misalnya, kata besar ialah antonim bagi kata kecil. Demikian juga kata gemuk dan kurus, lelaki dan perempuan.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas