Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk; ~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb, Mn enggan bergaul dgn saudara-mara; menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan; kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak; penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan; penggemuk sesuatu yg menyebabkan men­jadi gemuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu/] | ݢموق

Definisi : 1 besar kerana banyak dagingnya; tambun: Orang yg terlalu ~ atau terlalu kurus itu biasanya tidak sihat. 2 benda berminyak berwarna putih kekuning-kuningan yg terdapat dlm tubuh binatang; lemak. ~ gedempol sangat gemuk. menggemukkan menjadikan atau menyebabkan menjadi gemuk: Setengah-setengah petani menumpukan perhatian mereka dlm usaha ~ lembu. penggemukan perbuatan atau proses menjadikan gemuk: Bijirin merupakan bahan yg kaya dgn sumber tenaga dan nilai ~ yg paling tinggi. penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk. kandang ~ kandang tempat usaha atau kegiatan utk menggemukkan ternakan dijalankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuk

Puisi
 

Ayam bertelur dalam semak,
     Telur habis makan dek jukung;
Bagaimana badan tak gemuk,
     Abang balik membawa untung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bertambah gemuk tubuh babi itu,
     bertambah kecil lagi matanya.

Bermaksud :

Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
botok[b.t/]kata adjektifberkenaan saiz badan orang yang gemuk dan pendek.Adeke gunjai abange botok.[A.dE/.E gun.dZAj A.bAN.E b.t/]Adiknya tinggi, abangnya gemuk pendek.
sonot[s.nt]kata adjektifberkenaan kepala kura-kura yang terperosok ke dalam.Orang tu gomok bona lehee sonat yo.[.ÄAN tu g.m/ b.nA lEhE.E s.nAtò j]Orang itu gemuk sangat lehernya terperosok ke dalam.
boseh[b.sEh]kata adjektifberkenaan badan yang besar atau gemuk dan lemah, tidak bermaya, tidak aktif.Copeklah jalan tu siket, kau ni nampak boseh yo.[tS.pE/.lAh dZA.lAn tu si.kEt kAw ni nAm.pA/ b.sEh j]Cepatlah jalan itu sedikit, engkau ini nampak lemah sahaja.

Kembali ke atas