Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.da.la] | ݢندالا

Definisi : halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan; menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalang­halangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan; tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan ta-pak bangunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.da.la] | ݢندالا

Definisi : sesuatu yg menghalang dgn tidak disangka-sangka; halangan; aral: Insya-Allah jika tidak ada apa-apa ~nya, kami akan pulang pd hujung bulan ini. menggendalakan menyebabkan tidak dpt diteruskan; menghalang: Hujan lebat telah ~ kerja membaiki jalan itu. tergendala tidak dpt diteruskan; terhalang: Perjalanan itu sangat sukar dan kerap kali ~ oleh lapisan salji yg tebal dan basah. kegendalaan keadaan ditimpa gendala; mendapat gendala: ~ kuasa elektrik itu telah dpt dibaiki dlm tempoh setengah jam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendala


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gendala bahasa semalam di MalaysiaNasruddin AbdullahPelita Bahasa1 April 1990
GendalaNoorainie OthmanTunas Cipta1 August 2003

Kembali ke atas