Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendang I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila huraikan maksud perkataan di bawah secara terperinci: 1. Ketipang 2. Jagindas

1. Yang betul ialah ketipung, iaitu sejenis gendang kecil.

2. Jagindas, tidak ada dalam sumber rujukan kami.

Makna21.10.2008
1. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai BAHASA BERIRAMA (salah satu puisi tradisional kita). 2. Bagaimanakah puisi tradisional ini didendangkan? 3. Semasa BAHASA BERIRAMA didendangkan apakah alat muzik yang sesuai digunakan? 4. Sertakan bersama contoh BAHASA BERIRAMA sekiranya ada? maz's Terima kasih1. Bahasa beirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita-cerita rakyat seperti cerita lipur lara atau cerita-cerita Kaba di Minangkabau. Bahasa berirama mengandung irama teratur dan kuat. dalam ungkapan ini irama sangat dipentingkan, diciptakan melalui susunan baris yang pendek. Lukisannya dulang-ulang dengan berbagai-bagai perumpamaan yang mengandung pengertian yang sama. 2. Sila dapatkan CD Roslan Madun, iaitu salah seorang aktivis dan penyanyi lagu rakyat. 3. Lazimnya alat muzik yang asas digunakan ialah gendang. 4. Sila rujuk buku Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman.Lain-lain08.05.2008
Saya nama Surianee Adbularshid Sedang Plelajar Bahasa Melayu Pasal di Universiti Fatoni Selatan Thailand.Ingin bertanya DBP. Apakah kata kerja Transitif ? TerimakasihKata kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek atau penyambut selepasnya yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku.

Sila manfaatkan kemudahan yang tersedia di laman web kami www.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna/maklumat yang berkaitan. Contoh: tulis kata kunci seperti "sendi nama" dan tekan butang "CARI". Anda akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti Kamus, Istilah, Peribahasa dan Khidmat Nasihat. Pilih data yang sesuai dengan keperluan anda, jika untuk mendapatkan maksud ambil data daripada "Kamus" atau "Khidmat Nasihat".1">

Tatabahasa22.09.2016

Kembali ke atas