Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.de.rang] | ݢندرڠ

Definisi : 1. sj gendang besar; ~ serama gendang dua muka (yg sebelah dipukul dgn tangan dan yg sebelah lagi dipukul dgn pemukul): maka lalu ~ pun dipalu orang; 2. tambur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.de.rang] | ݢندرڠ

Definisi : gendang besar; tambur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genderang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
XILOFON

Xilofon ialah sejenis alat genderang yang

terdiri daripada beberapa palang yang diatur

di atas satu bingkai menyerupai ki sebuah piano.

UMUM 
KASTANET

Kastanet ialah alat muzik genderang kecil yang

mempunyai nada yang tidak tetap. Setiap kastanet

merupakan penepuk yang diperbuat daripada kayu

keras dan mempunyai bentuk seperti sudu.

UMUM 
DRAM BONGO

Dram bongo ialah alat muzik genderang. Dram

bongo, sering dikenali sebagai bongo biasanya

digunakan sebagai alat ritma dalam muzik Amerika

Latin, tetapi ia dimainkan dalam muzik rock dan jaz.

UMUM 
ORKESTRA

Orkestra ialah kumpulan pemuzik yang bermain

pelbagai alat muzik bersama-sama. Sesetengah

orkestra Afrika dan Asia mengandungi alatan

genderang, seperti dram, gong, dan zilofon.

Tetapi di kebanyakan negara Barat, kumpulan

muzik dianggap sebagai orkestra hanya jika ia

memasukkan biola atau alatan bertali yang lain.

Orkestra berbeza daripada kumpulan muzik yang

mengandungi sebahagian besarnya oleh alat

tiupan dan alat genderang.

UMUM 
PANCARAGAM

Pancaragam ialah sekumpulan ahli muzik yang

bermain kebanyakannya alat tiup dan genderang.

Pancaragam berbeza daripada orkestra, kerana

dalam orkestra alat tali memainkan peranan yang

paling utama. Namun demikian, sesetengah

pancaragam mengandungi juga alat tali.

UMUM 
PANCARAGAM KELULI

Pancaragam keluli ialah sekumpulan pemain

muzik yang memainkan muzik tarian Hindia Barat

dalam bentuk tersendiri dengan menggunakan alat

genderang yang dikenali sebagai ceper keluli.

UMUM 
KUGIRAN

KUGIRAN, kumpulan pancaragam kecil yang mengandung tiga jenis gitar elektrik disertai alat-alat genderang. Perkataan kugiran ialah perkataan ‘kumpulan’, ‘gitar’ dan ‘rancak’. Perkataan ini direka lebih kurang pada akhir tahun 1960-an sebagai gelaran kepada kumpulan muzik yang menggunakan alat muzik gitar. Gelaran ini dianggap sesuai bagi kumpulan muzik seperti itu tidak kira apa jenis muzik yang dimainkan -0 sama ada perlahan atau rancak.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas