Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gén.dong] | ݢيندوڠ

Definisi : (géndong); menggendong 1. mendukung (di belakang, di pinggang, dll) dgn kain yg disangkutkan ke leher: ~ anak; 2. Tr mendukung di belakang, mengencang; gendongan 1. benda yg digendong; 2. kain utk menggendong; penggendong orang yg menggendong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gén.dong] | ݢيندوڠ

Definisi : /géndong/; menggendong membawa sesuatu di belakang atau di pinggang dgn kain dll yg disangkutkan ke leher; mendukung dgn kain. gendongan 1 apa-apa yg digendong. 2 kain yg digunakan utk menggendong. penggendong orang yg menggendong; pendukung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
piggybackgendongTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan memperoleh capaian ke suatu sistem sasaran secara terlarang dengan menyambung kepada beberapa sistem perantaraan yang telah pun mempunyai sambungan yang sah ke sistem sasaran tersebut.
piggyback filefail gendongKomputerTiadaTiada
piggyback boardpapan gendongKomputerTiadaTiada
piggyback marketingpemasaran gendongPentadbiranTiadaKontrak pemasaran dengan syarikat lain yang memasukkan barangan ke dalam senarai keluaran syarikat tersebut.
piggyback traintren gendongKejuruteraan AutomotifTiadaJajaran tren gerabak khas yang digunakan untuk membawa lori treler lengkap dengan cara meletakkan lori tersebut di atas gerabak.
Euphorbia hirtaAra TanahPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae ini juga dikenali sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, fridelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhan digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, diarea, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawas kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang (sedative) dan sudorifik.
Euphorbia hirtaara tanahHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Euphorbiaceae yang dikenali juga sebagai keremak susu, gelang susu, ambin jantan, lancang dan gendong anak. Tumbuhan ini jenis herba bersaiz kecil dan berbulu. Daunnya tersusun bertentang dan berbentuk lonjong, dan tangkai daunnya sangat pendek. Bunganya sangat kecil dan berbulu. Getahnya mengandungi alkohol mirikil, tarakserol, friedelin, flavonoid dan tanin. Tumbuhan ini hidup liar di merata tempat. Getahnya digunakan secara luaran untuk merawat sakit mata, kudis, bisul, ketumbit dan puru. Air rebusan atau seduhannya digunakan untuk merawat lelah, bronkitis, disentri, bengkak dalam perut, bengkak payudara, cirit-birit, kencing berdarah, sakit kepala, mengeluarkan kahak, melawaskan kencing dan sebagai ubat kumur untuk mengubati sakit gigi. Tumbuhan ini mempunyai sedikit kesan narkotik, hemostatis, penenang dan sudorifik.

Kembali ke atas