Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.ne.ra.li.sa.si] | ݢينراليساسي

Definisi : (géneralisasi) kesimpulan umum tentang sesuatu (peristiwa, fenomena) yg dibuat tanpa berdasarkan bukti yg lengkap: Klapper memaparkan ~ tentang kesan komunikasi massa; menggeneralisasikan merumuskan atau mementuk kesimpulan umum tentang sesuatu perkara: ramai orang suka ~ hal ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata generalisasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana menggunakan perkataan “secara generalisasi” untuk membina ayat? Bolehkah tuan/puan memberikan contoh ayat? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (terbitan 2021), halaman 663, generalisasi bermaksud kesimpulan umum tentang sesuatu perkara, isi dan sebagainya yang dibuat tanpa membuat kajian yang menyeluruh atau tanpa berdasarkan bukti yang lengkap. Contoh ayat yang betul ialah “Masyarakat di negara ini haruslah mengikis sikap membuat generalisasi terhadap sesuatu isu tanpa usul periksa”.Makna26.01.2024

Kembali ke atas