Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[geng.gam] | ݢڠݢم

Definisi : kepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~ bara memegang-megang sahaja; segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai; menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan; tergenggam tercengkam, terkepal; barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan); genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[geng.gam] | ݢڠݢم

Definisi : , = genggaman tangan yg dikepalkan spt ketika orang bertumbuk: Pak Belalang telah disuruh meneka benda yg di dlm ~ raja itu. menggenggam 1 memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2 ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. menggenggamkan; ~ tangan menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. genggaman 1 tangan yg dikepalkan; kepalan tangan. 2 benda yg digenggam. dlm ~ ki di bawah perintah atau kuasa. segenggam banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genggam

Peribahasa

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Bermaksud :

Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
genggam-genggambara memegang-megang sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggenggam1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan);Kamus Dewan Edisi Keempat
genggamkepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~ bara memegang-megang sahaja; segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai; menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan; tergenggam tercengkam, terkepal; barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan); genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan).Kamus Dewan Edisi Keempat
genggam (cengkam) keragenggam (cengkam) yg sangat kuat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kera I1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
genggam, = genggaman tangan yg dikepalkan spt ketika orang bertumbuk: Pak Belalang telah disuruh meneka benda yg di dlm ~ raja itu. menggenggam 1 memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2 ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. menggenggamkan; ~ tangan menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. genggaman 1 tangan yg dikepalkan; kepalan tangan. 2 benda yg digenggam. dlm ~ ki di bawah perintah atau kuasa. segenggam banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
genggam = genggaman tangan yg dikepalkan spt ketika orang bertumbuk: Pak Belalang telah disuruh meneka benda yg di dlm ~ raja itu. menggenggam 1. memegang sesuatu di dlm tangan yg dikepalkan; memegang di dlm genggam: ~ padi. 2. ki menguasai sepenuhnya; memegang kuasa; memerintah. menggenggamkan;~ tangan menjadikan tangannya berkepal; mengepalkan tangannya. genggaman 1. tangan yg dikepalkan; kepalan tangan. 2. benda yg digenggam. dlm ~ ki di bawah perintah atau kuasa. segenggam banyak yg dpt dipegang dlm tangan yg dikepalkan: Tiap-tiap pagi dan petang, Limah memberi ayam didiknya ~ padi.Kamus Pelajar
kepal I1. = kepalan gumpal (nasi, tanah dll, yg padat setelah digenggam-genggam): disuapkannya ~ nasi itu ke mulutnya; 2. seisi genggaman tangan (bkn nasi dll), sebanyak yg dapat dipadatkan dlm genggaman (bkn nasi dll), genggam: se~ nasi; 3. = ~ tangan = kepalan genggaman (tangan), penumbuk, tinju; diberi ~ ditumbuk (ditinju); se~ menjadi gunung, setitik menjadi laut prb a) drpd sedikit menjadi banyak; b) perkara kecil dibesar-besarkan; berkepal-kepal beberapa kepal (nasi dll), bergumpal-gumpal; mengepal 1. = mengepal-ngepal mema­datkan (nasi, pulut, tanah, dll) dlm genggaman tangan; 2. menggenggam: Mahat meronta drpd pegangan Dolah, sebelah tangannya ~ penumbuk; mengepalkan menjadikan (tangan) tergeng­gam, menjadikan kepalan, menggenggamkan: Rafidah ~ kedua-dua belah tangannya utk menahan drpd menangis; terkepal tergenggam: jari-jari tangannya yg ~ itu masih lagi terletak di atas meja itu; kepalan 1. kepal, gumpalan (nasi, tanah dll); 2. genggaman tangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepal1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan: Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya.2 benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1 benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam: ~ tanah. 2 genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepal1. penjodoh bilangan utk benda-benda yg disukat dgn genggam tangan:Dia memberikan dua ~ nasi kunyit kpd anaknya. 2. benda yg berbuku atau yg bergumpal kerana digenggam; gumpal. berkepal dlm bentuk kepal; sudah digenggam. mengepal memegang di dlm genggam; menggenggam: ~ nasi. mengepalkan menjadikan sesuatu spt kepal; menggenggamkan: ~ jari kedua-dua belah tangannya. kepalan 1. benda yg berbuku kerana digenggam; gumpalan yg terjadi kerana digenggam; ~ tanah. 2. genggaman tangan spt hendak menumbuk; tinju: memberikan ~ meninju; menumbuk. sekepal sebanyak yg dpt dikepal; segenggam: ~ nasi.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas