Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.nius] | ݢينيوس

Definisi : (génius) sangat pintar (cerdik): dia memang ~;kegeniusan keadaan atau sifat genius, kecerdikan (kepintaran) yg luar biasa: ~nya hampir sama spt manusia dlm bidang ketenteraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genius


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"genius" adalah dalam bahasa melayu atau english? Kalau "genius" adalah dalam bahasa melayu, bolehkah saya dapat surat sokongan bagi perkataan ini. TQ :)Istilah 'genius' berasal daripada bahasa Latin, bukan daripada bahasa Inggeris. Bahasa Melayu meminjam istilah 'genius' dengan mengekalkan bentuk ejaannya. Jika saudara memerlukan jawapan secara bertulis sila kemukakan pertanyaan secara bertulis kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Istilah28.03.2011
Tadika Arena Genius For Enquiry please contact this no. Admission open -Pre school -Day care -Transit -Reading Al-Quran Enroll Now!!!Mohon tuan menggunakan permohonan Khidmat Pengesahan Bahasa bagi pengesahan iklan. Sekian, terima kasih.Lain-lain09.12.2014
workshop komputer genius it masa hadapanSila kemukakan pertanyaan puan dengan yang jelas.Lain-lain14.07.2014
Saya ingin mengetahui dengan tepat perkataan genius dalam Bahasa Malaysia. Adakah is disebut genuis juga.Yang betul ialah genius.Ejaan19.08.2009
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Apakah terjemahan dlm Bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. genius Science Master? Benarkah kalau saya tulis Sarjana Sains yang pintar? 2. The Master = Sarjana itu Terima kasih.Perkataan sarjana sains yang pintar boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan.Penyemakan dan penterjemahan23.09.2019
mohon penjelasan maksud inflakasta. Untuk makluman tuan, perkataan ini merupakan tajuk drama dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, teks baharu KOMSAS tingkatan 2.Berdasarkan sumber rujukan kami, tiada perkataan atau huraian yang berkaitan dengan perkataan inflakasta. Kami akan membuat rujukan lanjut dan meng-e-mel jawapannya nanti kepada pihak saudara.Sastera19.01.2011
Adakah boleh digunkan perkataan 'ye ke?' dalam bahasa pasar bahasa melayu bagi perkataan 'really?'? Diterjemahkan dari perkataan 'really, genius?'Betul, dalam bahasa percakapan "ye ke" boleh mengungkapkan makna "really?" atau dalam konteks pengucapan rasmi disebut "betulkah?" atau "betul?'.Penyemakan dan penterjemahan18.10.2022
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya -kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond) -si burung dalam cerita perlu huruf besar ke? terima kasih

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa. Jika watak burung dalam cerita tersebut mempunyai nama, namanya perlu ditulis dengan huruf besar contohnya Si Putih, Si Comel dan sebagainya.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
Salam, pertanyaan tentang adalah dan ialah saya keliru walau sudah tngk prpm juga 1. Anak lelakinya adalah/ialah seorang pemuzik 2. bahawa lelaki itu ialah/adalah manusia dan 3. wang itu ialah/adalah pemberian suaminya 4. mereka ini adalah/ialah ayah dan ibu 5.Aku adalah/ialah orang mulia 6. rumah ini adalah/ialah kepunyaan 7. memikirkan masalah adalah sesuatu yang mengarut 8. mengeluarkan wang dari/daripada sakunya kemudian apakah padanan untuk Genius (Long ago the Bodisat was born to a forest life as the Genius of a tree standing near a certain lotus pond)

Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama manakala kata pemeri “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh yang demikian, penggunaan yang betul adalah seperti yang berikut:

 1. Anak lelakinya ialah seorang pemuzik.  2. Lelaki itu ialah manusia.  3. Wang itu ialah pemberian suaminya. 4. Mereka ini ialah ayah dan ibu.  5. Aku ialah orang mulia  6. Rumah ini ialah kepunyaan … 7. Memikirkan masalah ialah sesuatu yang mengarut.  8. Mengeluarkan wang dari sakunya. 

Genius bermaksud kepintaran yang luar biasa.

Walau bagaimanapun,  penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Berdasarkan contoh yang diberikan, ada ayat yang tidak perlu ditambah dengan kata pemeri. Contohnya:

1. Anak lelakinya seorang pemuzik  2. Lelaki itu manusia.  4. Mereka ini ayah dan ibu  5. Aku orang mulia  6. Rumah ini kepunyaan  …

Lain-lain20.09.2021
jika tak lulus, boleh bagi komen atau cadangan atau panduan?Tuan/puan boleh pergi ke laman Khidmat Pengesahan Iklan semula untuk melihat status dan pindaaan yang dicadangkan daripada pegawai kami berkenaan iklan yang diberi.

Pembetulan.
- Jom hantar anak-anak kita
- Genius dengan Al-Quran dan Sunah
- Tmn. (letak titik)
Lain-lain23.10.2016
12

Kembali ke atas