Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.nius] | ݢينيوس

Definisi : (génius) sangat pintar (cerdik): dia memang ~;kegeniusan keadaan atau sifat genius, kecerdikan (kepintaran) yg luar biasa: ~nya hampir sama spt manusia dlm bidang ketenteraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genius


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GENIUS UMUM 
MOZART, WOLFGANG AMADEUS

Mozart, Wolfgang Amadeus (1756–1791)

ialah penggubah muzik Austria, dianggap antara

genius muzik yang terulung dan paling kreatif

sepanjang zaman. Bersama-sama Joseph Haydn,

Mozart merupakan penggubah stail klasik yang

terkemuka pada akhir tahun 1700-an. Mozart

meninggal dunia sebelum hari jadinya yang ke-36,

tetapi dia meninggalkan lebih daripada 600

gubahan.

UMUM 
NAPOLEON I

Napoleon I (1769–1821), juga dikenali sebagai

Napoleon Bonaparte, dan memahkotakan dirinya

sendiri sebagai Maharaja Perancis. Napoleon

merupakan genius terulung dalam ketenteraan

pada zaman tersebut dan mungkin jeneral yang

teragung dalam sejarah. Napoleon membentuk

empayar yang hampir meliputi keseluruhan barat

dan tengah Eropah.

UMUM 

Kembali ke atas