Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gén.ré] | ݢينري

Definisi : (génré) kategori atau jenis karya sastera atau seni yg dicirikan dgn sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu: ~ sastera yg paling digemari ialah puisi, dgn mutu dan kecemerlangan yg dapat kita ungkapkan melalui persembahan teater atau yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genre


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimakudkan dengan genre sastera serta jenis-jenisnya?

Genre ialah istilah yang digunakan bagi menyatakan jenis-jenis hasil sesuatu kesusasteraan.Istilah genre ini sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bererti ' jenis' atau 'macam'.

Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradsional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradsional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradsional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

 

Lain-lain11.04.2008
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional

Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada,

a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan)

b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam)

c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu)

d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam)

e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam)

f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya)

g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu)

h. Kepustakaan Ilmu  Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya)

Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya.

Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000)  yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas.

Lain-lain22.10.2010
Madah berkait dengan pujangga, dan pujangga berkait dengan puisi. Adakah 'madah' boleh dikategorikan sebagai genre puisi?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, madah bermaksud 1. kata yang terutamanya digunakan untuk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar madah Tuan Penghulu itu; 2. (sastera lama) perkataan; berpanjang madah berkata (menghuraikan dll) dengan panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pen­deknya;.
Bermadah pula bermaksud bersyair dll dengan memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja.


Secara umum pembahagian genre ini dibuat mengikut bentuk, teknik dan persoalan dalam sesuatu hasil kesusasteraan itu. Jika mengikut konteks kesusasteraan Melayu pada hari ini, sebanyak lima genre dibahagikan dalam kesusasteraan Melayu, iaitu genre puisi, genre cerpen, genre novel, genre drama dan genre kritikan sastera. Dalam setiap genre itu pula dapat pula dibahagikan kepada jenis-jenis yang kecil lagi, contoh genre puisi dibagaikan pula kepada Puisi Melayu Tradisional dan Puisi Melayu Moden. Jenis-jenis Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam, nazam, seloka dan seumpamanya. Puisi-puisi Melayu Tradisional ini biasa ditentukan berdasarkan bentuk, teknik dan persoalan yang ingin dikemukakan dalam sesebuah puisi itu. 

Daripada huraian maksud, madah boleh dihimpunkan dalam genre puisi.

Sastera15.06.2019
Pengertian konsep genre linguistik.

Soalan tuan/puan kurang jelas.  Walau bagaimanapun, linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa yang berupaya membuat ramalan yang dapat diuji secara empirikal.  Untuk keterangan lanjut, tuan/puan bolehlah merujuk buku Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004 atau merujuk kepada Persatuan Linguistik Malaysia.

Lain-lain13.01.2011
Saya mahu menghantar manuskrip kepada DBP. Boleh saya tahu bagaimana prosedurnyaAssalammualaikum WBT. Puan boleh menghubungi talian 03-21479000 dan disambungkan ke bahagian-bahagian yang bersesuaian dengan manuskrip Puan, seperti Bahagian Buku Umum (genre karya umum), Bahagian Buku Bahasa (genre bahasa), Bahagian Buku Sastera (genre sastera), dan Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja (genre kanak-kanak dan remaja).Lain-lain11.02.2019
Apa maksud novel? berikan senarai genre novel dan maksudnya sekaliNovel secara umum bermaksud kisah rekaan yang panjang dalam bentuk prosa. Novel berasal daripada perkataan novella dalam bahasa Itali yang membawa erti 'perkhabaran baru'. Antara genre novel ialah novel aliran kesedaran, novel antirealistik, novel aprentis, novel lawan alam, novel kedaerahan, novel gothik, novel masalah, novel peristiwa, novel pikares, novel psikologi, novel propaganda, novel politik, novel realistik, novel resaman, novel romantik, novel sejarah, novel sempurna, novel sensibiliti, novel sosial, novel tesis, novel warkah dan sebagainya.Lain-lain25.08.2009
Bagaimana cara sebutan perkataan genre, /gen + re/ atau mengikut sebutan kata pinjaman /[zhahn-ruh/? Tidak ada panduans sebutan dalam Kamus Sebutan Dewan. Terima kasih Dr S. NathesanDalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, sebutan kata pinjaman genre ialah seperti bentuk visualnya iaitu [gen.re].Tatabahasa21.11.2012
Assalammualaikum & salam sejahtera. Saya berminat menghantar manuskrip tulisan saya sendiri. Mohon panduan prosedur seterusnya. Terima kasih.Waalaikumussalam WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke bahagian yang sesuai dengan manuskrip Saudara, iaitu Bahagian Buku Umum (genre umum), Bahagian Buku Bahasa (genre buku bahasa), Bahagian Buku Sastera (genre sastera) dan Bahagian Buku Kanak-kanak dan remaja (genre kanak-kanak dan remaja). Terima kasih.Lain-lain21.02.2019
Saya Zulkiflee Aromat sedang belajar bahasa dasar di Universiti fatoni ingin DBP,Apakah maksud puisi lama Terima kasih

Puisi lama disebut juga sebagai puisi tradisional.
Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam.

Sastera22.09.2016
saya nama zulkiflee aromat sedang belajar di universiti fatoni.ingin bertanya dbp.ingin bertanya maksud puisi kono terimakasihPuisi kuno bermaksud puisi lama atau puisi tradisional.

Puisi Melayu tradisional bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Sebagai puisi lisan ia bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi demikian. Ciri pentingnya ialah bentuknya terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan ini menjadikan genre-genre yang berlainan seperti pantun, syair, gurindam, mantera dan nazam.

Sastera08.09.2016
12345678

Kembali ke atas