Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gén.ré] | ݢينري

Definisi : (génré) kategori atau jenis karya sastera atau seni yg dicirikan dgn sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu: ~ sastera yg paling digemari ialah puisi, dgn mutu dan kecemerlangan yg dapat kita ungkapkan melalui persembahan teater atau yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genre


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genregenreKesusasteraanTiadaKategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud �jenis dan macam�. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi.
genregenreKesenianDrama dan TeaterPengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. Dalam seni teater terdapat genre tragedi, komedi dan muzikal.
genregenreKesusasteraanTiadaTiada
genregenreKesenianTiada1. Jenis atau kategori penggolongan hasil kesusasteraan mengikut bentuk atau teknik atau pokok persoalan.,2. Lukisan yang menggambarkan pemandangan atau kejadian harian lazimnya secara realistik.
genregenreKomunikasiTiadaKategori atau jenis karya dalam bidang penulisan atau perfileman berdasarkan jenis tema, isi atau jalan cerita.
genregenreKesusasteraanTiadaJenis atau kategori penggolongan hasil kesusasteraan mengikut bentuk atau teknik atau pokok persoalan.
genre deviegenre devieGeografiTiadaTiada
moral criticismkritikan moralKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganalisis dan menilai karya sastera (semua genre) berasaskan kriteria pengajaran moral. Meingkut tradisi, dalam kebanyakan genre, puisi dikatakan dapat memberikan inspirasi kepada seseorang individu untuk berakhlak mulia dengan menggambarkan keindahan sifat yang baik. Contohnya, M.N.Virgil menganggap genre epik sebagai pengajaran yang berpotensi untuk membentuk moral dan etika. Pandangan ini bertentangan dengan pandangan mereka yang berpegang kepada kriteria estetik yang lebih mengutamakan aspek keindahan. Lihat juga kritikan, kritikan Plato.
sitcomsitkomKomunikasiTiadaGenre televisyen yang mengambil peristiwa semasa sebagai landasan cerita dan menggunakan pendekatan secara komedi. Genre jenis ini selalunya, menggunakan watak-watak yang sama dan dilakonkan di hadapan khalayak atau dirakamkan di dalam studio.
advertorialiklan rencanaKomunikasiKorporatSalah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak.
12345678910...

Kembali ke atas