Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.tar] | ݢنتر

Definisi : 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh; bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dll);menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan; menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya; 3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh kampung; gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom; kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan; penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll); penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2. perusuh, pengganas; 3. pengecut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.tar] | ݢنتر

Definisi : 1 gerakan berulang-ulang dgn cepat, spt tali gitar yg dipetik; getar. 2 ki tidak berani terhadap sesuatu yg dianggap dpt membahayakan diri sendiri; takut; cemas: Dlm peperangan itu, mereka sedikit pun tidak ~. bergentar bergerak berulang-ulang dgn cepat; bergetar: Seluruh tubuhnya ~ kesejukan. Terasa bumi ~ akibat letupan yg kuat itu. menggentarkan 1 menjadikan bergerak berulang-ulang dgn cepat; menjadikan bergentar; menggetarkan: Letupan bom itu telah ~ rumah-rumah yg berhampiran. 2 ki menimbulkan rasa takut atau gentar; menakutkan mencemaskan: Penjahat-penjahat di kawasan sempadan telah ~ pekerja-pekerja balak di sana. kegentaran 1 keadaan bergentar. 2 perasaan gentar (gelisah, takut, cemas); ketakutan. 3 mengalami keadaan gentar; berperasaan gentar. penggentar 1 sesuatu (alat dll) yg digunakan utk menggentarkan. 2 orang yg bersifat gentar; penakut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gentar


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jangan gentar hadapi peperiksaanSulaiman MasriUtusan Malaysia02.10.1996
Tidak gentar jadi Tok DalangAdam SallehMetro Ahad15.04.2001
Onn tidak gentar berdepan risikoJamhariah JaafarBerita Harian04.12.2006
Stefani tak gentar gemilangkan teaterKhairull Azleyana IshakBerita Harian18.09.2003
PPSMI: Hishammuddin tidak gentar ugutanTiadaUtusan Sarawak09.01.2009
Pelajar cemerlang tidak gentar hadapi peperiksaanSulaiman MasriUtusan Malaysia11.04.1996
Barisan anggap PPK gentarPemerhatiMingguan Timur27.06.1976
Penulis tidak harus gentar pada sebarang pengkritikDharmala N. SMingguan Malaysia10.05.1987
Orang Melayu jangan gentarUngku A. AzizUtusan Malaysia06.07.1974
Orang Melayu jangan gentarUngku Abdul AzizUtusan Malaysia06.07.1974
12

Kembali ke atas