Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gentian;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat dua istilah yang dikemukakan oleh Dewan Bahasa bagi perkataan 'fibre optic', iaitu 'optik gentian' serta 'gentian optik'. Manakah istilah yang lebih tepat digunakan dari aspek kejuruteraan atau komunikasi.Gentian optikIstilah29.10.2018
Yang mana betul, "Gentian yang diperbuat dari batang kelapa sawit" atau "Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit"?

Saudara Nik Zanariah,

Yang betul ialah 'Gentian yang diperbuat daripada batang kelapa sawit'. Kata sendi 'dari' digunakan untuk masa dan tempat.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi.

Tatabahasa17.07.2009
Salam. Bolehkah saya tahu istilah terjemahan paling sesuai bagi muscle fibre? Saya keliru dengan penggunaan serat atau gentian dalam menerangkan perihal otot. Terima kasih.Berdasarkan istilah perubatan, kedua-dua istilah, iaitu serat otot dan gentian otot adalah betul dan boleh digunakan.Istilah11.07.2013
Selamat sejahtera, Apakah maksud "stapel"? Di pangkalan data DBP terdapat dua terjemahan bagi "Staple". Adakah "Stapel" sama maksud dengan "Kokot"? Mohon bantuan DBP dalam pencerahan. Terima kasih.Perkataan "staple" mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan bidang dan kegunaannya.Contohnya bidang kesenian, "yarn staple" diterjemah sebagai "yan stapel", iaitu yan yang diperbuat daripada yan pendek, umpamanya gentian kapas, gentian sayat yang disisir halus supaya lurus dan kemudiannya dipintal. Manakala bagi istilah "wire staple" pula diterjemah sebagai "dawai kokot" , iaitu sejenis dawai yang diperbuat daripada kawat atau dawai yang digunakan sebagai pengikat.Istilah21.05.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang membezakan antara 'serat' dan 'serabut'? Apakah padanan yang paling tepat untuk konsep 'fiber' dalam teks teknikal. Terima kasih.Perkataan serat, serabut dan gentian merupakan padanan bagi istilah fibre dalam bahasa Inggeris. Serat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain.Tatabahasa02.10.2013
fibre broadband dalam bahasa melayu? boleh tidak saya gunakan perkataan broadband untuk papan iklan?Padanan bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris "fibre broadband" ialah jalur lebar gentian. Sila gunakan istilah bahasa Melayu dalam papan iklan.Istilah23.12.2015
Apakah nama baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri? Sila rujuk kepada gambar. Bolehkah saya namakan baju sejuk?Salam sejahtera,

Tuan,

Berdasarkan data kami, baju yang dilampirkan boleh dipanggil sebagai sweater. Menurut data kami, sweater merujuk kepada pakaian bahagian atas badan yang dibuat daripada benang bulu, gentian buatan dan sebagainya boleh dipakai di luar sebagai jaket, atau dipakai bersama. Tuan boleh menggunakan perkataan ini jika bersesuaian.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain28.03.2018
Mohon terjemahan perkataan-perkataan ini. 1. zero edge fish tank 2. MDF - medium density fibre board 3. high definition television 4. catch-all 5. HVAC 6. hand router 7. cleat 8. infinity pool 9. UV lacquer finish

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
1. zero edge fish tank – tangki ikan zero edge
2. medium density fibre board (MDF) – papan gentian kepadatan sederhana
3. high definition television – televisyen definisi tinggi
4. catch-all – rangkum semua
5. HVAC – pemanasan, pengudaraan dan penyamanan udara (HVAC)
6. hand router – penghala tangan
7. cleat – tetupai
8. infinity pool – kolam infiniti
9. UV lacquer finish – kemasan lakuer UV

Istilah14.03.2017
Assalamualaikum, selamat sejahtera.., saya mempunyai pertanyaan berkaitan kata "jentu" (dalam KD) yang bermaksud "tangkai bunga yang terbesar pada bunga yang berkarang". Adakah kata ini seerti dengan istilah botani "peduncle" atau Melayunya "pedunkel" yang merujuk pada "tangkai yang menyokong sekuntum bunga atau jambak bunga"? Pedunkel ini mempunyai cabang kecil yang disebut "pedisel" atau "tampuk".Kata jentu tidak seerti dengan kata pedunkel. Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 895) dan Pangkalan Data Istilah DBP;

jentu kata nama
tangkai bunga yang terbesar atau yang utama pada gubahan bunga.

manakala,

pedunkel (peduncle)
Bidang: Biologi, Histologi dan Sitologi
1. Tangkai infloresens.
2. Jalur gentian putih yang bersambung dengan pelbagai bahagian otak.
3. Tangkai krinoid, brakiopod dan barnakel, atau protozoon yang tetap.
4. Penghubung toraks dengan abdomen artropod.

Penggunaan kedua-dua kata ini bergantung kepada makna dan konteksnya.
Makna29.05.2023
Apakah terjemahan untuk "gadget"? Melalui carian, saya dapati gadjet diterjemahkan sebagai "alat", "peralatan". Tetapi istilah "gajet" sudah digunakan dengan meluas dalam akhbar dan banyak laman web. Bolehkah "gajet" ini digunakan secara rasmi dan didaftarkan dalam prpm/kamus. Istilah "alat" untuk "gadjet" mungkin kurang sesuai kerana "alat" digunakan juga utk equipmetn, tools, appliances dll.Untuk makluman puan, perkataan gajet telahpun dirakamkan dalam kamus terbaharu keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Kamus Dewan Perdana (KDP). Berdasarkan KDP, gajet membawa maksud alat atau peralatan yang berasaskan teknologi moden dan memenuhi kehendak dan kepuasan seseorang. Oleh itu, perkataan gajet boleh digunakan. Walau bagaimanapun, untuk penulisan rasmi dan sekiranya sesuai dengan konteks ayat, kami mencadangkan penggunaan perkataan alat telekomunikasi yang membawa maksud alat sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit.Makna21.07.2021

Kembali ke atas