Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gentian;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OPTIK GENTIAN

Optik gentian ialah cabang fizik yang

berasaskan penghantaran cahaya menerusi

gentian lut sinar daripada kaca atau plastik. Optik

gentian ini boleh membawa cahaya pada jarak

yang berbeza-beza daripada beberapa sentimeter

hingga kepada melebihi 160 kilometer. Gentian ini

berfungsi secara individu atau dalam berkas.

Sesetengah gentian individu diameternya kurang

daripada 0.004 milimeter.

UMUM 
KACA GENTIAN

Kaca gentian juga dinamakan kaca serabut,

ialah kaca dalam bentuk gentian halus (bebenang).

Gentian ini mungkin banyak kali lebih halus

daripada rambut manusia, dan kelihatan serta

berasa seperti sutera.

UMUM 
GENTIAN UMUM 
GENTIAN OPTIKTiub halus boleh lentur yang diperbuat daripada kaca atau bahan lut sinar lain seperti plastik.FIZIKAlat/Alatan
TANAMAN GENTIANJenis tanamanPERTANIANKonsep
GENTIAN PENETULANGGabungan gentian dengan bahan polimer, seramik atau logam untuk memperbaiki sifat bahan gabungan tersebut.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GENTIAN KACAGabungan gentian dengan bahan polimer, seramik atau logam untuk memperbaiki sifat bahan gabungan tersebut.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
GENTIAN SELANJARKaedah penghasilan komposit bergentian mr=enggunakan gentian selanjar yang telah direndam atau telah diserap terlebih dahulu dengan resin polimerKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
SUTERA

Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat

(bahan seperti benang) yang digunakan untuk

membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan

semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain.

Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut

sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan

daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat

sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah

dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi

sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain

secara ekonomi.

UMUM 
DAMASK

Damask ialah sejenis gentian fabrik yang teguh,

berkilat, yang boleh ditenun daripada sebarang

serat. Bentuk jalinannya yang rata boleh dilihat

pada kedua-dua belah fabrik ini. Damask asalnya

ialah serat sutera asli yang dihasilkan di China.

Para pedagang memperkenalkan fabrik ini ke

Eropah melalui Damascus, Syria.

UMUM 
123

Kembali ke atas