Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ra.ham] | ݢراهم

Definisi : gigi kisar yg bulat atau rata permukaannya yg terletak di belakang gigi kacip dan gigi taring; ~ besar geraham yg terletak di belakang sekali; ~ bongsu geraham yg tumbuh akhir sekali; ~ kecil geraham yg di depan geraham besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra.ham] | ݢراهم

Definisi : , = gigi ~ gigi besar di bahagian belakang mulut utk mengunyah. ~ bongsu geraham yg tumbuh kemudian sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geraham


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gigi gerahammolar toothGigi yang beralur dan berbilang akar, terletak di bahagian belakang rahang dan bersebelahan dengan gigi geraham kecil. Gigi geraham berfungsi untuk melumatkan makanan.Sekolah Rendah
geraham kecilpremolarGigi yang terletak di antara gigi taring dengan gigi geraham besar.Menengah Rendah
gigi kekalpermanent teethGigi yang tumbuh menggantikan gigi susu. Biasanya bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun. Set gigi ini termasuklah gigi kacip, gigi taring, geraham kecil, dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah
gigi susumilk teethGigi yang mula tumbuh ketika bayi berusia antara enam hingga sepuluh bulan dan biasanya gigi susu akan tanggal satu persatu mulai umur kanak-kanak enam tahun. Set gigi ini terdiri daripada sebahagian atau semua gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas