Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ra/] | ݢرق

Definisi : 1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu; ~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~- gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan; segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama; menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama; penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll; bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan; ~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul perasaan atau keinginan; gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan; pergerakan kebangkitan (utk memper­juangkan sesuatu): ~ kaum ibu; penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan; penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra/] | ݢرق

Definisi : keadaan yg berlawan dgn diam; keadaan sesuatu benda yg beralih tempatnya atau kedudukannya: Tiap-tiap ~ ada sebabnya. ~ arah gerak atau perubahan sesuatu organisma sbg gerak balas ke arah perangsang atau jauh dr perangsang. ~ badan latihan spt bermain, bersenam dll utk menyihatkan badan. ~ balas ist tindak balas organisma terhadap rangsangan spt cahaya, air, sentuhan. ~ gempa gerak bumi yg tiba-tiba serta agak kencang; gempa bumi. ~-geri a. tingkah laku seseorang; kelakuan. b. bermacam-macam gerak pd anggota badan. ~ nadi gerak turun naik pd nadi; denyut nadi. bergerak 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. menggerakkan 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. tergerak bergerak dgn tiba-tiba; telah digerakkan: ~ di hati timbul perasaan. gerakan 1 hasil perbuatan bergerak: Janganlah kita membuat ~ badan yg keterlaluan selepas makan. 2 usaha atau kegiatan dlm masyarakat: ~ membasmi buta huruf telah berjalan dgn lancarnya. pergerakan keadaan atau hal bergerak. penggerakan perbuatan menggerakkan: Senaman melibatkan ~ anggota. penggerak sesuatu yg menggerakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerak

Peribahasa

Cik puan melangkah ular tak lepas.

Bermaksud :

Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gerakgerakKesenianTiadaBahagian atas jentera yang berupa papan beralur yang menjadi kepala gigi jentera.
tali ikat geraktali ikat gerakKesenianTiadaBahagian jentera yang berupa tali yang mengikat gerak dengan dagu supaya teguh.
impulsededenyut; impuls; gerak hatiKesusasteraanTiada2. Gerak hati: Rangsangan atau gerak hati yang timbul dengan tiba-tiba untuk melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
non-verbal communicationkomunikasi bukan lisanPsikologiPsikologi UmumKomunikasi yang tidak melibatkan pengucapan bahasa. Komunikasi berisyarat ini termasuklah bahasa gerak-geri, gerak isyarat, sentuhan, ekspresi muka atau vokalisasi bukan lisan seperti berdehem. Komunikasi jenis ini juga sama penting dan efektif seperti komunikasi lisan. Sinonim komunikasi nonverbal.
photo-sensitivefotopekaFarmasiTiadaGerak balas atau gerak balas potensial akibat pendedahan kepada tenaga sinaran. Contohnya, eritma yang diperhatikan pada pesakit yang mengambil tetrasiklina dan terdedah kepada cahaya.
regulatory responsegerak balas aturanBiologiEkologiGerak balas berbalik yang cepat, sama ada gerak balas fisiologi atau lakuan oleh sesuatu organisma terhadap perubahan sekitaran. Misalnya, ulat gonggok, Trigoniulus lumbricus akan menggulungkan badannya apabila disentuh.
Iysogenic responsegerak balas lisogenBiologiGenetikGerak balas bakteria bukan lisogen akibat dijangkiti oleh faj temperat. Faj yang mengjangkiti tidak membiak tetapi berkelakuan sebagai profaj. bd. gerak balas lisis.
chandelle manoeuvreolah gerak chandelleAeroangkasaTiadaOlah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.,Olah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.
bunt aerobatic manoeuvreolah gerak aerobatik tandukAeroangkasaTiadaOlah gerak aerobatik pesawat udara yang bertentangan dengan daya tarik graviti, pergerakannya seakan-akan kerbau menanduk.,Olah gerak aerobatik pesawat udara yang bertentangan dengan daya tarik graviti, pergerakannya seakan-akan kerbau menanduk.
impulsededenyut; impulsPerubatanTiada1. Impuls: Perubahan elektrokimia di sepanjang membran sel saraf.,2. Gerak hati: Rangsangan atau gerak hati yang timbul dengan tiba-tiba untuk melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.
12345678910...

Kembali ke atas