Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut; menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam; menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram; kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ram] | ݢرم

Definisi : 1 (berasa) sangat marah kerana dihina, dipermain-mainkan dll; mempunyai perasaan yg menyebabkan orang mahu berkelahi dsb: Aku ~ mendengar kata-katanya yg menghina itu. 2 (berasa) sangat suka akan sesuatu sehingga menimbulkan keinginan melakukan sesuatu terhadapnya: Bertubuhnya bayi ini, ~ aku. menggeram menjadi geram (marah sekali). kegeraman hal atau rasa geram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geram

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jika diturut hati yang geram,
     hilang takut timbul berani.

Bermaksud :

Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
resentfuladj geram: she was ~ about not being invited, dia geram krn tdk dijemput; he gave me a ~ look, dia melepaskan pandangan geram kpd saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
resentvt berasa geram thdp: I strongly ~ her remark, saya berasa geram betul thdp tegurannya; they ~ed his interference in their affairs, mereka berasa geram thdp campur tangannya dlm hal mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
resentmentn rasa geram: I don’t harbour any ~ over her attitude, saya tdk menaruh rasa geram thdp sikapnya; she showed her ~ towards me by refusing my invitation, dia menunjukkan rasa geramnya thdp saya dgn menolak jemputan saya; in ~, krn geram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
venomn 1. bisa: snake ~, bisa ular; 2. (fig.) geram, sakit hati: she cast a look full of ~ at the child, dia memandang budak itu dgn penuh geram; he spoke in a voice full of ~, dia bercakap dgn suara penuh geramKamus Inggeris-Melayu Dewan
snarl 1 2. (of person) suara geram: he spoke with an angry ~, dia bercakap dgn suara geram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
steam b. get rid of excess energy, tension, etc, melepaskan geram: women usually let off ~ by crying, wanita biasanya melepaskan geram dgn menangisKamus Inggeris-Melayu Dewan
take~ it out on, melepaskan geram sso: I know you’re frustrated about it but don’t ~ it out on me, saya tahu kamu kecewa tentangnya tapi jangan pula lepaskan geram pd saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
growlvt also ~ out, utter in a low, gruff voice, approp v + dgn suara geram: my boss ~d his assent, bos saya menyatakan persetujuannya dgn suara geram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pip 3 n; /have, get the/ ~, (sl) geram, bengang, naik marah, berang: I don’t know what’s upset him - he’s really got the ~ today, saya tak tahu apa yg telah mengganggunya – dia betul-betul berang hari ini; give so. the ~, (sl) membuat sso /naik marah, berang, geram/: this sort of behaviour really gives me the ~, perbuatan spt itu betul-betul membuat saya geram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kick~ os, (colloq), (berasa) geram pd diri sendiri; ~ so. upstairs, (fig.) menaikkan pangkat sso; ~ /about, around/, a. move from place to place in, mengembara /di, di merata/: he ~ed around Europe for six months,<Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas