Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ran] | ݢرن

Definisi : surat hak milik tanah; ~ besar geran bagi tanah dlm bandar atau tanah di luar bandar yg lebih drpd 4 hektar luasnya; ~ hidup geran bagi tanah yg dimiliki utk jangka yg tertentu; ~ kecil geran utk tanah di luar bandar yg lebih kecil drpd 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya; ~ merah geran bagi tanah dlm kawasan simpanan Melayu; ~ putih geran bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ran] | ݢرن

Definisi : surat tanda memiliki tanah, rumah dll; surat hak milik tanah, rumah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya nak tanya. Saya ada buat carian definisi kuiri tetapi tidak menemukan jawapan. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah menggunakan ayat spt berikut dalam notis geran komuniti 1malaysia(permohonan geran persatuan penduduk 2018) Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses. Soalan: 1. apakah yang cuba dimaksudkan dengan kuiri spt ayat diatas? 2. mengapakah seperti screenshot yang saya kepilkan bersama. dalam petak hijau kuiri masih tidak diiktiraf dan dmasukkan ke kamus dbp tetapi dibolehkan penggunaannya di bidang akademik/pendidikan namun tidak untuk penggunaan penulisan? 3. apakah terjemahan bahasa melayu yang persis dengan perkataan screenshot? Terima kasih atas penjelasan.

Waalaikumsalam,

1. Menurut data istilah DBP, istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.

2. Perkataan Kuiri yang dimaksudkan dalam ayat yang tuan/puan nyatakan ialah berasal daripada perkataan Query. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah query ialah pertanyaan/persoalan. Menurut data DBP, perkataan query tidak dieja dengan kuiri. Istilah yang dijumpai dan disahkan ialah inkuiri kurikulum, iaitu dalam bidang pendidikan yang bermaksud Proses memahami fenomena kurikulum melalui data yang dikumpulkan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan. Selain itu, terdapat juga istilah paradigma inkuiri dan kaedah inkuiri ( kedua-duanya ini juga istilah dalam bidang pendidikan. Perkataan kuiri ( query) dan istilah inkuiri ialah dua perkataan yang berbeza.    

 

Istilah30.04.2018
Pada pandangan kami, selagi pihak Pejabat Tanah dapat memastikan daripada rekod Tuan bahawa pihak yang memohon kepada geran dan dokumen-dokumen tersebut adalah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut, maka terserahlah kepada budi bicara Tuan pendaftar untuk membenarkan geran tersebut dilepaskan kepada pihak yang berkenaan. Apakah ayat/perkataan yang sesuai untuk diganti selain dari perkataan "terserahlah" dalam ayat diatas.Kami mencadangkan pembetulan ayat seperti di bawah dan perkataan terserahlah boleh digantikan dengan terpulanglah.

Pada pandangan kami, sekiranya pihak Pejabat Tanah dapat memastikan bahawa pihak yang memohon geran dan dokumen-dokumen tersebut ialah pihak yang berhak disisi undang-undang untuk memiliki geran tersebut berdasarkan rekod tuan, maka terpulanglah kepada budi bicara tuan untuk membenarkan geran tersebut diserahkan kepada pihak yang berkenaan.
Tatabahasa06.09.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya nak tanya apakah perbezaan bagi geran dan dana? Terima kasih.Salam,

Geran bermaksud surat hak atau tanda milik. Contoh surat hak milik tanah. Manakala dana pula kumpulan wang utk sesuatu tujuan atau kegunaan, atau pemberian, sedekah, derma dsb. 
Makna26.06.2015
Assalamualaikum, saya nak tanya, untuk 1) Pensyarah yang memiliki geran padanan UMP-Industri 2) Self-financing social operations Ada tanda sempang (-) atau tidak?1) Sila nyatakan soalan pertama dengan lengkap.
2) Ada sempang, self-financing
Penyemakan dan penterjemahan02.10.2020
Saya berminat dan ingin bertanya tentang prosedur terperinci bagi mendapatkan dana/geran bagi penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bulan Oktober lalu. Siapakan pegawai yang sepatutnya saya hubungi? Jika ada borang atau maklumat tambahan yang boleh saya dapat melalui laman web DBP, silalah beri pautannya.Pihak kami sedang menyediakan tatacara dan prosedur bagi dana tersebut. Apabila siap nanti, perkara tersebut akan disiarkan dalam laman sesawang DBP.Lain-lain04.01.2012
adakah wujud perkataan ataupun istilah suratcara? sekiranya ada, apakah maksud atau boleh bagi contoh penggunaan ayatSurat cara bermaksud dokumen undang-undang seperti geran, kontrak, dan lain-lain.
Contoh: Orang yang menandatangani surat cara undang-undang, contohnya surat wasiat atau surat ikatan, yang disempurnakan di hadapan saksi, juga merupakan saksi.
Lain-lain28.04.2021
Bolehkah perkataan FELLOWSHIP digunakan dalam bahasa Melayu yakni dalam frasa SKIM FELLOWSHIP PENYELIDIKAN GRADUAN? Jika tidak apakah perkataan yang sesuai bagi menggantikannya. Terima kasih.

Kami mencadangkan agar digunakan frasa Skim Geran Penyelidikan Graduan. T.kasih.

Lain-lain30.07.2008
Tuan/Puan, Apa padanan "subventions" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah: "(e) any property, investments, subventions, leases, mortgages, charges or debentures acquired by or vested in the Universiti;". Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan yang sesuai untuk "subventions" ialah dana kewangan atau geran kewangan.

Penyemakan dan penterjemahan14.10.2021
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya mohon maaf atas soalan yg banyak 1. setelah membuat carian istiliah "inkuiri" di kamus online dbp, saya gagal menemukan sebarang hasil. Namun, berdasarkan cakupan skrin dibawah di dalam kotak bewarna hijau, meskipun tiada definisi di dalam kamus dbp, mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah "inkuiri kurikulum" tanpa kewujudan sah istilah inkuiri di dalam kamus? 2. di dalam hebahan email daripada RoS. Ini adalah spt ayat berikut "Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses." apakah yang dimaksudkan dengan kuiri diatas? Saya gagal menemukan definisi setelah mencari dikamus. 3. Apakah istilah yang tepat untuk perkataan "screenshot? adakah cakupan skrin/cekupan skrin atau ada istilah lain? 4. Saya minat memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya.
1.Puan perlu membezakan istilah dengan perkataan biasa. Istilah hanya digunakan dalam bidang tertentu, manakala perkataan biasa dirakamkan di dalam kamus. Inkuiri merupakan istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2. Tiada maklumat kuiri dalam pangkalan data kami. Kuiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris query, yang membawa maksud usul atau pertanyaan. Sehubungan dengan itu, mengikut konteks ayat yang puan kemukakan, makna kuiri ialah usul. 3. Padanan screen shot ialah tangkap skrin untuk bidang teknologi maklumat. Sila rujuk  http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=screen+shot&d
Istilah22.05.2018
12

Kembali ke atas