Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ha.na] | ݢرهان

Definisi : 1. = ~ bulan bulan gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana kena bayang-bayang bumi); 2. = ~ matahari matahari gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana bulan berada di antara bumi dan matahari); 3. Id, ki dlm kesusahan; menggerhanakan ki menyebabkan menjadi gerhana, memudarkan: puisinya ~ semua puisi Inggeris yg sezaman dengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ha.na] | ݢرهان

Definisi : 1 peristiwa terlindungnya seluruh atau sebahagian drpd cahaya matahari oleh bumi atau bulan. 2 ki dlm kesulitan atau kesusahan. ~ bulan gerhana yg terjadi kerana bulan dilindungi bayang-bayang bumi (apabila bumi berada di antara matahari dgn bulan). ~ matahari gerhana yg terjadi kerana matahari dilindungi bulan (ketika bulan berada di antara bumi dgn matahari). ~ penuh gerhana yg menyebabkan seluruh permukaan bulan atau matahari terlindung. ~ separa gerhana yg menyebabkan hanya sebahagian drpd permukaan bulan atau matahari terlindung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerhana

Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Bermaksud :

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Matahari tengah gerhana.Berwajah muram kerana dukacita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bulan dimakan rahu.Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas